Tuesday, December 10, 2013

Lost World Of Tambun : Part 1

Ini kali kedua kami datang sini. First time dulu datang 4 beranak jer. Masa tu rayyans baru umur setahun lebih kot. Jadi masa tu tak enjoy sangat la. Diorang tak reti apa pun lagi. 

Tapi kali ni memang enjoy habis diorang dok turun naik gelongsor.  Naik penat nak melayan diorang. Sib baik ada kakak2 tolong back up. So dapatlah mama jd fotografer berjaya..boleh pegang kamera.

Dari hotel terus ke lwot..takde nak lencong2 lagi dah. Risau kot parking penuh kena menapak jauh. Maklumlah cuti sekolah. Sure orang ramai punya. Parking satu hal, nak beratur beli tiket lagi satu hal. 

Memang lama dok beratur nak beli tiket. Harga tiket mama x pasti berapa. Kami dapat voucher diskaun pihak hotel bagi. So dapatlah tiket dewasa harga 37 dan kanak2 31 kalau tak silap.

Dah masuk dalam cepat2 tukar baju dan sewa peti untuk simpan barang. Kami tak sewa pun pelampung sebab dah tau nanti mesti dok lepak kat kolam budak2 jer.

Sebelum start mandi kita sapu uv protection krim dulu. Papa ni risau nau anak dia sunburn. Dah masuk sini baru sibuk2 cari uv protection ni. Merasalah bayar harga lebih mahal dari luar.

Mula2 masih malu2 lagi nak main air. Dok main cuit2 jer air tu dulu. Dah lama sikit baru ajak masuk kolam kanak2. Mula2 takut2 lagi nak naik gelongsor tu.

Bila dah skali try, dah naik seronok. Kami la yang penat nak tunggu kat atas sorang n bawah sorang. Ada sesetengah gelongsor air kat bawah tu dalam gak. Kalau tak tunggu takut ada yang lemas karang.


Dah bosan mandi2 kami naik trem gi petting zoo plak. Dapatlah panaskan badan sekejap. Kalau nak adventure boleh jalan kaki. Bolehla benti kat setiap pitstop nak bergambar2. Tapi kami malas nak jalan. So amik gambar dari atas trem jer.


3 tahun lepas masa mama datang rumah hantu ni belum ada lagi. Kali ni selain dari rumah hantu banyak lagi aktiviti boleh buat selain dari mandi manda. Teringin nak masuk tapi rayyans tahap penakut gila. Orang hantu tu baru melintas depan kami dia dah sorok kepala dalam baju aku.


Ini plak stesen roller coaster. Roller coaster ni takdelah laju macam kat uss tu. Railway dia pun pendek jer dan tak bercerun turun naik. Kalau oranf ada lemah jantung still boleh naik lagi la. Hahaha.. nak masuk sini rasanya kena beli token asing. Tak termasuk dalam tiket water theme park.

End of part 1. Amik ko entry lwot pun ada dua part sebab banyak gila gambar. Pastu internet plak slow gila. Hegeh2 nak upload satu gambar. Malas aku nak menunggu. Publish dulu mana yang dah taip. Hehehe.

No comments:

Post a Comment