Thursday, December 26, 2013

Pasar Tani Pasir Puteh

Sempena cuti krismas kami sekeluarga pulang bercuti ke kelantan. Kali ni athilah dan kakak jamaliah sekeluarga pun ikut sekali. Kami bertolak awal pagi konvoi 2 biji kereta. Perjalanan balik kami ikut jalan kuala lipis.

Semalam kami tidak kemana2. Just bagi peluang dekat keluarga m.cik jamaliah berehat. Diorang jarang2 travel jauh macam ni. Last diorang ke kelantan adalah masa mama n papa kahwin which is 5 tahun lepas.

Ini adalah amy, anak sulong m.cik jamaliah. Husband amy, ezad yang drive semalam. Ni kali pertama ezad drive sejauh ni. Ditambah dengan tangan yang baru pulih dari patah. Tak boleh nak drive lama2 tanpa henti.

Tuan tanah kedaung enterprame. Aktiviti pertama kat kelantan adalah bershopping kat pasar tani pasir puteh. Dah lama mama tak jejak kaki kat pasar tani ni. Sejak tapak pasar tani pindah ke sini mama tak pernah datang.

Pasar tani diadakan setiap hari khamis. Balik kampung selalunya hujung minggu sabtu ahad. Jadi memang kesudah la tak bertembung dengan hari khamis untuk ke pasar tani.

Kat sini macam2 ada dijual. Dari kain baju hinggalah barangan dapur. Yang penting harganya jauh lebih murah dari kl. Rambang mata dibuatnya. Memang sakanlah masing2 memborong.

Dekat 2 jam jugak kami menghabiskan masa kat sini. Ikut hati tak puas ronda lagi. Disebabkan kami ada agenda lain lagi pasni, tak dapatlah nak berlama2 kat satu2 tempat. 

No comments:

Post a Comment