Sunday, December 22, 2013

Kidz Art N Fun Zone

Kat aeon jusco bukit tinggi ada satu tempat permainan untuk kanak kanak. Rayyans dah tau sini ada tempat main. Tak tenang mama nak shopping sebab diorang asyiklah dok merengek nak gi main sini.

Taman ni namanya kidz art n fun zone. Bayaran masuk adalah rm10 perhead. Bayaran cuma dikenakan untuk kanak2 jer. Mak pak budak yang masuk dalam teman anak2 main adalah foc.

Suka sangatlah Hadif dapat main sini. Wristband merah tu jangan buka sebab bayaran rm10 adalah untuk satu hari. Kot2 ada mak nak balik umah masak dulu then datang aeon balik still boleh digunakan.

Si Hazim plak sibuklah dengan aktiviti menyusun kerusi. Siap berebut kerusi dengan sorang budak. Last2 budak tu nangis lari kat mak dia. Haish anak mama ni boleh tahan gaya pembuli. 

Mama tak masuk dalam untuk teman diorang main. Mama nak ajar diorang bergaul sendiri. Biar diorang berdikari. Kalau jatuh ke apa pandai2 bangun sendiri. Gambar pun mama shoot dari luar pagar jer.

Nanti nak sekolah takdelah culture shock sangat. So far mama tengok ada sesetengah budak yang diorang boleh kamceng kat sini. Harap2 kat sekolah nanti rayyans dapat berkawan dengan baik. 

No comments:

Post a Comment