Sunday, December 22, 2013

Krismas Deco at Aeon Bukit Tinggi

Semalam bawa budak2 gi beli barang2 persekolahan. Tinggal 10 hari jer lagi nak masuk tahun baru 2014. Maksudnya lagi 10 hari jugaklah si nakal mama nak start sekolah. Beli beg, stationery, buku2 nak kasi diorang lebih bersemangat nak belajar.


Kat dalam aeon ni meriah sungguh dengan decoration sempena krismas. Macam2 saiz pokok krismas ada. Deco kat pokok krismas tu plak memang menarik. Penuh dengan keceriaan.

Rasanya semua shopping complex kat kl dan shah alam ni dihias dengan pokok krismas. Kami tak lepas peluang bergambar dengan pokok krismas. Nak tunggu gi oversea bergambar dengan pokok krismas yang betul entah bila la kan..

Diorang ni bila bergambar ngan papa elok jer posing. Tapi kalau dengan mama masing2 ada jer wat muka. Saja jer diorang ni suka sabotaj gambar mama.


Kat ruang tengah disediakan pentas. Kebetulan masa kamu datang ni ada persembahan tarian zumba dan muay thai dari fitness first. Sempatlah kami layan persembahan tu kejap.


Hensem boy mama ni bila nampak bola bantak2 terus minta mama snapkan gambar. Tu bukan pegang sesaja tu. Siap nak tarik bola tu tapi nasib baikla tali tak putus. Kalau tak memang tragedi la.


Setakat ni kami cuma dapat tengok deco kat the curve dan aeon ni jer. Kalau kat klcc ke mid valley ke mesti lagi grand kan. Nak ke sana semata2 nak tengok deco krismas tanpa tujuan utama memang idok le teman.

No comments:

Post a Comment