Saturday, December 28, 2013

Pekena ICT

Seafood celup tepung memang wajib try kalau datang terengganu. Confirm tak menyesal. Mama pernah makan ict kat pantai seberang takir. Tapi tadi lalu sana kedainya belum buka lagi.

Memer recommended kami pergi ke kedai sebelah airport terengganu jer. Parking kereta tepi pagar airport terus nampak kedai kuning dari jauh. Sini pun glamer gak tempatnya. 

Kedai ni namanya d'coconut cafe. Ramai gak customer time ni. Selain ict ada gak coconut shake. Wajib try coconut shake ni. Memang kena la dengan cuaca yang panas membahang ni.

Wah meriahnya..beratur menu celup tepungnya. Dalam pinggan tu udang n sotong celup tepung. Diorang dah siap2 letak dalam pinggan. So nanti masa bayar just cakap amik berapa pinggan.

Walaupun biasa makan ict, tapi ni la 1st time mama jumpa menu ikan tuka celup tepung. Ikan tuka adalah ikan pari versi kecil. Kebiasaannya diorang guna ikan kembung atau ikan sardin.

Senyum lebar peminat seafood yang sorang ni. 

Sotong celup tepung. Kat sini sotongnya dah siap2 potong. Kalau kat pantai batu rakit dia goreng sekor2 yang besar. Pas kita pilih baru dia akan potong kecil2. Kalau x silap mama sekor sotong yang besar tu harganya rm7.

Udang celop tepung. Very fresh udangnya. Bila makan udang ni yang paling malas adalah nak mengopek kulit. Tapi disebabkan kesedapan, mama sanggup kopek kulitnya.

Puas hati dapat makan ict ni..disertakan pula dengan coconut shake. Very refreshing. Si kembar cuma makan serdak jer. Diorang suka sebab rangup.

Maka dengan ini berakhirlah percutian kami kat kelantan dan terengganu. Semoga lepas ni ada lagi rezeki kami ke sini.

Keropok Lekor BTB 2209

Rasanya belum puas lagi kami kat kampung, pagi ni dah nak bertolak balik shah alam. Anak2 pun mengamuk tak nak masuk kereta bila kami cakap nak balik shah alam. Tak sempat diorang melepas rindu dengan tok ayah, nenek dan paksu mat.

Kami balik ke shah alam melalui terengganu. Perjalanan dari pasir puteh ke kuala terengganu melalui jalan pantai penarik. Tujuan utama ke kuala terengganu adalah untuk  jumpa memer kat umt. 

Alang2 dah sampai terengganu, haruslah cari keropok lekor. Keropok lekor btb 2209 paling glamer la sekarang ni. Teletak kat bukit tok beng. Dari gerai kecil dah jadi kedai dua tingkat. 

Best part, kena amik no giliran macam kat bank untuk beli keropok lekor yang besar ni. Memang laku la sebab mama tengok setiap orang yang datang menjinjit berplastik2 keropok lekor.

Kalau nak makan kat sini pun boleh juga. Diorang goreng keropok yang kecil. Just cakap jer nak berapa hengget. Kalau tak silap harga untuk keropok ni 4 batang untuk rm1.

Kelass ko keropok sekarang dah ada macam2 perisa. Yang belah kiri tu perisa yang biasa. Belah kanan tu perisa bawang. Selain tu ada gak yang perisa cheese. Memang sedapla rasa. First time try keropok berperisa ni.

Kesedapan keropok ni of course la dari segi rasa keropok tu sendiri. Selain tu sos pencicah pun mainkan peranan untuk tambah kesedapan keropok tu. Sos kat sini memang diakui kesedapannya. Kalau beli keropok yang kecil2 ni memang dibekalkan dengan sos sekali.

Lepas setel hal keropok lekor, pasni kami nak g makan ict plak. Ict stand for ikan celup tepung pengganti. Rugi rasanya kalau datang terengganu tanpa merasa signature dish kat sini.

BBQ Nite

Lepas maghrib seme bersiap sedia nak membakar. Setiap 2 biji chalet disediakan 1 tempat bbq beserta dengan alatannya sekali. Kami cuma perlu sediakan kayu arang jer.

1st round pak su mat n ezad yang jadi tukang bakar. Kami bakar ayam dan ikan dulu. Ayam tu mama dah siap2 perap petang tadi. Ikan plak guna ikan sardin n kembung. 

Mama ni enterprame jer lebih. Hasil bakaran yang pertama memang licin. Sedap jugak ayam yang mama perap tu. Heheh..puji diri sendiri noks. Terbukti sebab ayam tu laku.

Second round, bakar seafood plak. Udang, sotong n lokan. Seafood ni mama beli yang fresh dari atas bot. Beli kat jeti tok bali petang tadi. Ni la untungnya bila kampung kat kawasan laut. Dapat makan hasil laut yang masih segar. 

My plate. Ini baru 1st round. Ada lagi round2 lain pasni. Kami makan cicah sos ready made yang beli kat kedai keropok pagi tadi. Sesekali makan lauk jer pun memang mengenyangkan.  

Papa ni over betul. Kononnya dia nak jadi tukang bakar. Last2 dia jadi tukang makan jer. Mengelat papa ni curi tulang. Nasib baiklah ada tok ayah, paksu mat n ezad yang rajin membakar.

Ni mama punya second plate. Layan udang ngan sotong plak. Best weih makan seafood fresh. Rasa manis dan juicy.

Selain bakar2, ada juga menu ketam masak serai bercili ni. Kalau rasa lapar lagi boleh sambung makan nasi. Nenek memang siap masakkan seperiuk nasi. Tangki besar2 kami ni.

Walaupun chalet ni biasa2 jer biliknya, facility tetap memuaskan. Dah la disediakan tempat bbq yang proper, ada plak bangku ni. Senanglah nak melepak2 sambil membakar dan makan2. Dengan harga rm60 sehari memang berbaloi baloi.

Sesi last bbq malam ni disudahi dengan membakar lokan. Lokan ni amik masa sikit nak membakarnya. Bila dah masak automatik cengkerangnya akan terbuka. Pastu air dalan lokan tu jatuh ke bawah boleh buat api padam. So kena rajin kipas bara tu jangan bagi padam.

Sementara kami semua sibuk membakar, makan, bersembang, si kembar n elisa plak sibuk main pasir. Takpelah, mama kasi chance. Bukan selalu dapat main pasir kan. 

Aktiviti bbq tamat menjelang tengah malam. Masing2 seronok walaupun kepenatan. Malam ni kena rehat dengan cukup. Esok pagi kami akan gerak ke terengganu then terus balik shah alam.

Friday, December 27, 2013

Food Hunting

Balik kampung ni tujuan makannnnn jer kekdahnya. Pagi ni kami ke pasar tani besut pula. Ini la untungnya kampung kat sempadan kelantan terengganu. Dua2 boleh join. Gi pasar semata mata nak beli makanan. Hahaha..dasar kuat makan sungguh.

Balik dari besut, singgah kampung pachakan beli keropok. Kat sini berderet kedai tepi jalan yang jual keropok. Mama memang dah biasa beli kat kedai ni. Tengokla akak tu bukan main kusyuk lagi menggentel keropok lekor.

Macam2 jenis keropok ada. Keropok ikan bentuk panjang, bulat, keropok sotong, keropok sira..ishk banyaklah kalau nak bilang satu2. Dah beli keropok jangan lupa beli sosnya. Kat shah alam takde jual ya.

Pastu menyinggah pula kat pantai bisikan bayu. Nak beli hasil laut. Malam ni kami nak bbq kat chalet. Pantai bisikan bayu ni terletak kat kg dalam rhu, kampung atuk nenek belah ayah mama.

Ni namanya lokan. Macam etok la rupa dia cuma saiznya lebih besar banding etok. Harga untuk 1kg cuma rm2. Lokan ni diorang cari kat kawasan muara. Cuma sekarang kawasan tu dah bahaya sebab ada pasir jerlus. Dah ramai yang terkorban.

Cuba bandingkan warna kulit lokan ni. Yang ni versi kena tenyeh kat nenek dengan berus dawai dah. Berserikan kulit aiiii... sebelum makan kena rendam dulu lokan ni dalam air untuk hilangkan selut2 kat dalamnya.

Ni plak kepah. Saiz lebih kecil banding lokan dan kulit lebih licin. Harga kalau tak silap mama rm2 juga per kg. Kali ni takde plak tijah. Tijah ni bukan nama orang ya tapi sejenis kerangan macam ni jugak.

Ni mama lupa plak orang kelantan panggil apa. Inilah bendanya yang jadi logo minyak shell tu. Harganya rm7 per kg. 1kg tu banyak uols sebab shell ni ringan jer.

Isi perutnya penuh dengan lumpur.  So sebelum masak kena rendam shell ni kasi semua kekotoran tu keluar. Shell ni ditangkap kat laut dalam bukan macam lokan kat muara. Mama rasa isi dia tu yang mat salleh panggil scallop. 

Pas memborong kerang kerangan, benti plak kat orang jual satar. Nafsu..nafsu.. mengapakah sukar sekali mau dibendung. Ini la sebabnya mama sukaaa sangat balik kampung. Easy access to favourite food.

Tanah Tumpah Darahku

Kampung gong manak mekar di hatiku. Di tanah inilah tertumpahnya darahku, 3 dekad yang lalu. Di sinilah juga mulanya aku mengenal liku, mengenal tiga, dua dan satu.

Walau terbang beribu batu, ke tanah ini jua kembalinya diriku. Nun di kaki langit lena tidurnya si ibu, setia menunggu lahirnya zuriat yang satu. Peraksi, gelaran di beri buat si ibu.


Tanah tumpahnya darahku subur menghijau, mendamaikan jiwa yang galau. Walau tanah panjang serelau, hasilnya umpama emas berkilau.

Keringat si tua masih setia berbakti, kepada tanah si tua berbudi. Jika bersemi, penuhlah saku sebilangan penghuni. Jika tiada, tidak pula ditangisi nasib diri. 

Kini ku kembali, bukan bersendiri, tapi ditemani. Insan-insan suci pendamping sisi, pengubat lara hati. Moga bisa memahami, sejarah diri bukan sang puteri.

Si kerdil ini, akan ku terapkan jati diri. Agar tidak lupa diri, walau di mana kaki berpaksi. 

Thursday, December 26, 2013

Alemy Maggi Ketam

Tak puas makan maggi ketam kat restoran pulut ikan bakar, kami keluar lagi supper kat alemy maggi ketam. Pukul 10 malam noks mak keluar makan maggi. Mana tak gems.

Alemy tu nama tokey kedai. Dia la perintis menu maggi ketam kat sini. Lepas dia perkenalkan maggi ketam, banyaklah restoran lain pun jual menu yang sama.

Bisnes pun makin maju. Dulu cuma satu pintu. La ni dah jadi dua pintu. Yang menariknya, tokey kedai adalah tukang masaknya. Dia memang takde upah tukang masak. Setiap oder adalah air tangan tokey tu sendiri.

Menu kat sini memang semata2 maggi ketam. Kalau datang sini jangan ngada2 nak oder tomyam ke apa. Memang nak kena pelangkung ngan periuk maggi ketam tu.

Dalam satu mangkuk ni ada 2 ekor ketam. Selain tu udang n telur pun ada gak. Harga satu mangkuk ni bergantung kepada saiz udang. Yang kami makan ni dikira saiz normal yang berharga rm15.

Pelanggan boleh memilih ketam2 yang diletakkan dalam aquarium. Ketam yang bersaiz besar boleh cecah harga rm40 satu mangkuk. Masa kami datang ni ketam2 yang besar dah habis dijual. Tinggal ketam yang kecik2 jer.

Ketam yang digunakan adalah ketam sungai. Penyepit ketam sungai lebih besar banding ketam laut. Kulitnya juga lebih keras. Kalau nak gigit dengan gigi jer memang tak terdaya la nak makan.

Jangan risau, penyepit ada disediakan. Tak perlu nak gigit ketam tu dengan gigi. Makcik pakcik yang takde gigi pun boleh makan ketam dengan adanya penyepit ini.

Akhirnya tercapai juga cita2 kami nak makan maggi ketam alemy.

Pulut Ikan Bakar

Balik dari rantau panjang terus singgah dinner kat restoran pulut ikan bakar. Pulut ikan bakar tempat wajib makan setiap kali balik kampung. Kali ni lebih meriah sebab bawa rombongan cik kiah.

Penuh satu meja rombongan cik kiah. Risau gak kot2 depa ni tak pandai nak makan pulut. Kami orang kelantan memang dah biasa makan pulut pagi, pulut durian, pulut mangga, pulut ayam rempah...

Dua orang budak kembar ni pun dah belajar makan pulut. Tapi diorang tak makan dengan kelapa. Just makan pulut dengan ikan jer. Dua2 behave kali ni. Maybe dah penat sangat berjalan dari pagi tadi.

Satu set pulut disertakan dengan 2 ekor ikan dan sambal kicap. Harga satu set rm4. Kalau rasa2 x cukup 2 ekor ikan boleh tambah oder. Pulut tu plak ada kelapa yang digaul dengan gula. Sambal kicap tu sebenarnya yang menyedapkan hidangan ni.

Kami jugak oder maggi ketam. Maggi ketam ni salah satu fenomena gak kat kelantan. Harga semangkuk maggi yang ada 2 ekor ketam adalah rm10. Restoran ni menggunakan ketam laut.

Tengok tu si hadif tengah usha maggi ketam. Diorang berdua ni memang feveret la makan maggi. Diorang boleh habiskan maggi ni semangkuk sorang tau. Mana la tak menembun anak mama.

Alhamdulillah ahli rombongan semua berselera dinner makan pulut walaupun tak biasa. Lepas dinner masing2 balik chalet sebab dah penat. Mama ajak diorang g wakaf che yeh pun dah takmo..surrender.