Saturday, December 31, 2011

Bukit Gambang Water Park...Penutup Tirai 2011

Sedar tak sedar, dah sampai ke penghujung tahun 2011. Kalau dihitungkan, pelbagai kisah suka duka sepanjang tahun ni. Walau apa pun, kami sekeluarga mengakhiri 2011 dengan penuh kegembiraan. Alhamdulillah, hujung tahun ni ada rezeki lebih. So mama merancang satu percutian dengan ahli keluarga di Bukit Gambang Water park. Rasanya dah lama kami sekeluarga tak makan angin sama2. Percutian kali ni dirancang sebulan lebih awal. Yelah, nak mengumpulkan kesemua ahli keluarga yang ada komitmen masing-masing bukan senang. Cuma kak dah yang tak dapat ikut serta kali ni disebabkan tengah sarat menghitung hari melahirkan cahaya mata yang ketiga.

Mek, ayah n paksu mat bertolak dari kelantan ke shah alam hari khamis lepas. Bermalam satu malam kat umah kami then jumaat tu terus melepak dan bermalam kat rumah kak dah. Kebetulan mama tengah bercuti menghabiskan cuti tahunan, so dapatlah melepak lama-lama kat rumah kak dah. Sebelah malamnya pula kami ke rumah nenek belah ayah kat taman garing utama, rawang. Sesekali ayah datang bercuti, amik peluang jumpa bonda tercinta.

Pagi ni pula kami bertolak seawal pagi ke gambang. Sementara tu, pakda n ciknik juga gerak dari jb awal pagi. Tujuannya supaya cepat sampai dan dapatlah kami mandi dan berendam lama sikit kat bukit gambang water park. Kami tiba kat gambang jam 11 tengahari dan terus check in kat homestay yang mama dah tempah awal-awal. Kali ni kami menginap di Reza's Homestay selama 3 hari 2 malam. 

Selepas check in, tanpa terus membuang masa kami terus bersiap dan menuju ke bukit gambang water park...excited punya pasal.

Sebelum masuk kenalah beratur beli tiket dulu. Tiket untuk dewasa RM 21.90 n kanak-kanak below 90 cm RM 15.90. Kat sini mengamalkan cara 'cashless' iaitu kita kena beli voucer awal-awal semasa beli tiket masuk. Ada voucer rm 50, 100 dan 200. So kena pandai-pandailah kira budget perbelanjaan semasa berada kat taman tema ni. Setiap kali kita berbelanja, nilai tu akan ditolak dari voucer yang kita beli. Andai kata voucer tu tak habis digunakan, kita boleh refund balik duit bakinya semasa keluar nanti. Mama beli voucer rm 100...time refund cuma tinggal rm 1 jer....huhuhuhu....

Bergambar satu keluarga sebelum berbasah-basahan. Time ni family pakda tak kelihatan... anak-anak tak sabar nak masuk mandi.

Disebabkan masa kami pergi ni time cuti sekolah dan cuti hujung tahun, mak aii pengunjungnya ramai sangat. Disini ada disediakan cabbana untuk disewa, malangnya masa kami sampai semuanya dah disewa. Terpaksalah kami merempat kat kaki-kaki lima. My opinion, sepatutnya pihak berwajib perlu sediakan tempat yang lebih proper untuk pengunjung melepak-lepak.

Tanpa melengahkan masa, kami semua terus kecebur dalam air. At first, Hadif menangis takut nak masuk dalam air. Pelik pulak..selalunya dialah yang over bab-bab main air ni. Tapi tak lama la dia nangis, pastu terus ok berendam dalam air tu.

Tu diaa..mek dah buat aksi duyung kat dalam kolam. Disebabkan kami ni ada anak-anak kecil, kolam kanak-kanak jer la jadi tempat melepak. Yang bapa-bapa plak amik peluang main kat kolam yang lebih dalam dan lebih adventurous.

Memang puas hati trip mandi-mandi kali ni coz kami berendam hingga announcement penutup dibuat. Tambah dengan cuaca yang agak baik...takde hujan. Kalau ikutkan sebelum kami bercuti ni kuantan asyik hujan jer.

Selepas kami habis mandi barulah nampak awan hitam kat langit. Sebaik sahaja kami jejak kaki dalam kereta, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Syukur sepanjang hari tadi cuaca elok, dapatlah kami mandi manda dengan syoknya. 

Sunday, December 18, 2011

Pizza

Sekarang ni memang dah jadi rutin mama untuk masak setiap hujung minggu. Masa Rayyans kecil dulu papa beli makanan kat luar jer. Tapi sejak Rayyans dah berumur dua tahun, mama ada ruang untuk memasak. Diorang dah pandai bawa diri kat rumah. Mama cuma perlu memerhatikan agar diorang tak bergaduh jer.

Mama memang ada masa yang cukup untuk masak breakfast, lunch n dinner. Breakfast n lunch hari ni kami dah makan nasi lemak. Jadi untuk dinner papa dah tak mau makan nasi. Nasib baiklah dalam peti ais tu ada doh pizza segera yang mama beli kat giant. Jadi, menu dinner kami malam ni plak adalah pizza. 

Mula-mula, ratakan sos tomato ke atas doh pizza.

Kemudian taburkan capsicum (mama pakai kaler hijau, kuning dan merah), sosej diikuti dengan nenas (nenas dalam tin jer..mama potong kecil-kecil).

Last sekali mama taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese. Lagi banyak cheese, lagi sedap...lagi tambah lemak.

Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 minit. Hidangkan panas-panas. 

Chilled Blueberry Cheese Cupcakes

Haa..ko kelas tajuk masakan mama hari ni. Berjela panjangnya, walhal resepi sama jer cam lain-lain cheesecake. Resepi asalnya adalah dari Chilled Oreo Cheesecake yang mama dapat dari dapur Ms Ita. Cuma kali ni mama tukar topping oreo kepada blueberry dan tukar dari loyang ke paper cup. Bukan apa, bila buat bentuk cupcake ni lebih senang dimakan. Mama sharekan resepi ni sekali lagi kat sini. Terima kasih kepada Ms Ita kerana menyumbangkan resepi ni.


Bahan - bahan : 
1 bungkus biskut oreo (mama pakai 2 cawan biskut oreo yang hancur)
50grm butter
250grm cream cheese 
150grm gula castor
200ml whipping cream
1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon)
1 1/2 sudu besar gelatin * (mama pakai 1 sudu sahaja)
1/2 cawan air panas*

Cara - cara :

Untuk bahagian dasarnya, kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya). Panas/cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo. 

Padatkan di bahagian dasar papercup, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer.



Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan.

Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu.

Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim. Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi.

Tuangkan adunan ke dalam papercup yang mengandungi biskut oreo tadi. Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam.

Bila dah sejuk, hiaskan dengan blueberry filling dan buah blueberry segar. Sedia untuk dimakan.

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis

Pening betul bila memikirkan menu untuk breakfast. Rayyans memilih betul pasal makanan sekarang. Kalau tak kena dengan selera, memang diorang takkan makan. Pagi semalam mama dah gorengkan mee..takkanlah hari-hari nak bagi diorang makan mee..ye dop? 


Nasi lemak adalah salah satu makanan kegemaran Rayyans selain dari mee. Diorang makan nasi lemak gitu-gitu jer..tanpa lauk.

Jadi, menu breakfast kami hari ni adalah nasi lemak sambal ikan bilis, telur mata dan sayur bayam goreng. Disebabkan mama termasak banyak, menu brekafast ni merangkap menu lunch kami hari ni.


Nasi lemak

Telur mata

Bayam goreng

Saturday, December 17, 2011

Daging 'Mama Ayam Percik'

Selepas tengok wayang kat Space U8 tengahari tadi, kami ke Giant untuk beli barang dapur. Langsung kami lunch kat food court giant. Makan nasi goreng seafood..memang sedap. Rayyans habis satu pinggan kongsi dua orang. Balik rumah dah petang. Nak masak untuk dinner pun malas. 

Kebetulan mama ada stok daging. Jadi, mama perap jer daging kat dalam peti sejuk tu. Malam ni kami makan daging 'Mama Ayam Percik' jer. Daging tu mama perap dengan sos 'Mama Ayam Percik' dan serbuk lada hitam serta sedikit garam.

Selepas perap lebih kurang dua jam, mama bakar daging ni dalam oven suhu 180C selama sejam.

Bila dah masak tu mama hidangkan dengan salad beserta sos thousand islands. 

Ombak Rindu...Girl's Day Out

Lama sungguh mama tak tengok wayang...rasanya last tengok wayang sebelum kahwin dengan papa. La ni dah 3 tahun kahwin..dah ada dua anak dah pun. Disebabkan penangan novel ombak rindu yang mama baca masa sekolah-sekolah dulu, hati ni meronta-ronta nak tengok filem ombak rindu. Tambah-tambah heronya adalah Aaron Aziz...lagilah merenyam nak tengok cita tu.

Pastu ada plak member ofis yang statusnya bini orang ni gian nak tengok gak. Apa-apa pun, kena minta izin suami dulu...bila dapat green lite dari hubby2 barulah plan kami ON. Suami plak jenis murah hati sanggup jagakan anak time binik2 nonton. Happy sangat. 

Kat area ofis kami ni ada shopping complex yang baru buka, Space U8. Pastu kat sini ada plak MBO cinema. Lagi senang la kami nak menonton wayang nanti. Tak perlu nak jalan jauh2 cari cinema lagi. Kami gi sana sehari awal semata-mata untuk beli tiket. Takut tiket habis punya pasal.

Then hari ni, bertemankan Azrina Tasya n Eldiani, tercapailah cita-cita mama nak tengok cerita ombak rindu. 

Ni muka senyum pas keluar dari wayang..puas hati ceritanya best. Minah kat sebelah tu plak tengah mengigil kesejukkan. Sib baik lemak ai banyak...hahahha..

Lepas nonton kami terus balik...xde nak rewang-rewang coz sian papa jaga Rayyans sorang-sorang. 

Mee Goreng Basah

Rayyans tak suka makan roti. Jadi mama kena masak menu lain untuk tekak anak bujang mama ni. Rayyans ni kalau masakan berasaskan mee atau mihun memang laju la makannya. Semalam mama ternampak resepi mee goreng basah dari blog Intai Dapur milik kak liza. Macam menarik gak....terliur dibuatnya tengok gambar mee goreng basah tu. Izinkan Mama sharekan resepi dari kak liza kat sini yer. 



Bahan - bahan :
600g mee kuning
2 kpg dada ayam dipotong kecil
6 ekor udang basah - mama letak lebih
3 pokok sawi
3 sb pes lada kering - mama guna cili boh
2 sb minyak masak
4 sb sos cili
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air
3 ulas bawang putih
garam & gula


Cara - cara :
Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk ayam & udang gaulkan sebati. 
Masuk btg sawi, sos tomato, sos cili,kicap pekat, garam dan gula. Kacau biar sekata. Masuk air dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. 
Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air.Kecilkan api & biar selama 4 minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. 
Dah pun sedia dihidang, kalau mkn panas2 lagi besttt....

Sandwich Telur

Papa memang suka beli roti, tetapi makannya cuma sekali jer. Pastu sedar-sedar roti tu dah expired. Kebetulan pagi ni tak tau nak breakfast apa. So mama buatkan sandwich telur...sandwich telur perasa oren ko...


Bahan - bahan :
2 biji telur direbus
2 sudu mayonis
1 sudu kecil pepper
sedikit garam


Cara - cara :
Hancurkan telur rebus dengan menggunakan garpu. Jangan hancur sangat nanti tak sedap.
Masukkan mayonis, pepper dan garam. Gaul sebati.
Ratakan telur ke atas roti...

Tuesday, December 13, 2011

Welcome Back Mr B

Setelah sebulan setengah kami terkapai-kapai tanpa nakhoda kapal (Mr B la tu) akhirnya Mr B telah selamat kembali dari Mekah Al-Mukarramah. Alhamdulillah, Mr B sihat walafiat, cuma kelihatan sedikit kurus. 

Tapi yang best, Mr B tak lupakan ole-ole dari Mekah. Macam-macam jenis coklat, kekacang, manisan n kurma yang Mr B bawa untuk kami.

Hahh..tangan sapa tu? Kat opis ni kalau bab-bab makan ni memang laju semua orang. Sekejap jer terang bekas tu.

Amaran oleh kerajaan Malaysia : Merokok membahayakan kesihatan. Yer yer jer cam smoking kan..walhal ni adalah coklat yang berbentuk curut. Thanks Mr B belikan kami ole-ole dari Mekah.

Sunday, December 11, 2011

Omelet Bersosej

Omelet ni adalah hasil air tangan papa. Masa gi Feringghi last week, papa ternampak chef kat sana masak time breakfast. So bila balik rumah ni, mula lah nak praktikkan apa yang papa nampak. Rajin laki ai..turns out omelet ni sedap. 

Bahan - bahan :
4 biji telor 
1/4 labu bawang besar - potong dadu
1/4 biji lada benggala hijau - potong dadu
1/4 biji lada benggala kuning - potong dadu
1/4 biji lada benggala merah - potong dadu
3 batang sosej lada hitam
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu minyak zaitun

Cara - cara :
Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan dan tumis bawang besar dan lada benggala hingga layu. Masukkan sosej dan kacau hingga sosej masak.

Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Tuangkan dalam kuali dan biarkan rata. Masak sehingga telur masak dan matikan api.

Chicken & Tomato Bruschetta

Chicken & tomato bruschetta dihidangkan bersama ayam panggang oregano. Sedap dan mengenyangkan. Menu ni boleh diulang tayang coz Rayyans suka makan. Maybe sebab roti ni rangup.

Resepi Chicken & tomato bruschetta mama refer kat blog HomeKreation.

Bahan - bahan :
1 batang roti perancis - dihiris serong
Garlic butter
2 sb extra virgin olive oil
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji bawang besar*
1/2 dada ayam*
2 biji tomato* (* cincang)
Parsley
Garam & lada hitam
Parmesan cheese

Cara - cara :

Panaskan non stick pan dan tumis bwg putih sehingga garing. Masukkan bhn2 yg di cincang*, parsley, garam & lada. Kacau sebentar sehingga ayam masak. 

Panggang kepingan roti hanya sebelah sahaja. Sapu garlic butter di sebelah lagi. Letakkan sesudu bhn yg di masak tadi. Taburkan parmesan cheese. Panggang sehingga cheese cair / garing. 

Ayam Panggang Oregano

Sempena annivesary kami yang ketiga, malam ni mama masak special untuk dinner. Hehehe.. takde special mana pun. Cuma papa request nak makan western food. Menu kami malam ni adalah ayam panggang oregano dengan salad sayuran, telur omelette dan chicken & tomato bruschetta.

Sebelum ni mama dah pernah masak Ayam Panggang Oregano. Bila ada ulang tayang ni maksudnya sedap lah kan. Kali ni ayam panggang oregano disertakan dengan salad sayur-sayuran.

Bahan - bahan :
2 keping dada ayam
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan sos barbeku (mama guna Life's Oriental BBQ Sauce)
1 sudu makan sos Worcestershire (Tak letak pun)

Cara - cara :
Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali lemon. Perahkan lemon dan gaul rata. Perap selama beberapa jam. 

Bakar ayam menggunakan pemanggang di atas dapur sehingga garing (mama bakar dalam oven suhu 180C selama sejam). 

Hidangkan dengan sos lada hitam (mama guna sos hot peri-peri Nando's).

Happy 3rd Annivesary

Sedar tak sedar, sudah 3 tahun kami melayari alam rumahtangga. Sepanjang tempoh 3 tahun, ada suka, ada duka, ada sakit hati, ada rajuk, ada pujuk...macam-macam dugaan yang kami tempuhi. Syukur, kami masih bertahan...cinta kami masih kukuh (jiwang plak mek) hingga ke saat ini.

Saat ini, 3 tahun yang lalu daku tengah berdebar menantikan lafaz yang akan menukar statusku menjadi seorang isteri. 

Dengan berwalikan ayahanda tercinta, aku bakal diserahkan kepada bakal suami...yang bakal memikul tanggungjawab dari ayahanda.

Si dia yang kini bergelar seorang suami, tenang menunggu saat diijabqabulkan.

Memanjat kesyukuran setelah selamat diijabqabulkan. Alhamdulillah, kami telah menjadi suami isteri yang sah....perhubungan kami telah dihalalkan.

Hidup kami menjadi lebih bermakna dengan kehadiran cahayamata kembar buah hati kami, Hazim Rayyan dan Hadif Rayyan.


Untuk suamiku, selamat ulangtahun perkahwinan yang ketiga. Semoga jodoh dan kasih sayang kita berkekalan hingga ke akhir hayat.