After maghrib kami ke safari park lagi sebab ada dua show malam ni iaitu african yabara fire show dan tarzan adventure show.
Kami bertiga sahaja, mama, hazim dan hadif. Hafiy dah tidur jadi papa stay kat apartment jer teman hafiy. Kami naik tram dari depan resort.
Nasib baik si kembar dah besar dan dengar cakap. Beranilah mama nak bawa diorang berdua. Kalau tak, semua mereput kat bilik jer nanti.
Gelap2 ni sesuai pakaikan diorang baju merah. Mudah nampak dalam gelap dan senang mama nak cam diorang.
Show stat pukul 7.45 malam. Jadi masih ada masa pusing2 kawasan sekitar. Petang tadi tak sempat nak pose dengan anak zirafah ni.
Actually ni kat dalam souvenir shop. Nak masuk dan keluar dari safari park kena lalu souvenir shop. Memang sengaja diorang nak suh shopping dulu.
Nasiblah si kembar tak merengek minta beli bukan2. Diorang berdua ni boleh tahan mengada kalau papa takde. Kami just beli air jer bekal tengok show.
Pukul 7.45, african yabara fire show di village courtyard, foreign village bermula. Rasa macam kami datang dah awal, tapi orang ramai dah memenuhi dataran. Maybe diorang tak balik resort dulu macam kami.
Hebat betul persembahan yang diorang buat. Terpegun ai kembar dengan aksi2 depa bermain dengan api. Persembahan api ni makan masa 30 minit tapi macam tak puas tengok aksi diorang.
Pas habis show api, kami bergerak masuk ke dalam village arean untuk tengok tarzan show pula. Village arena bersebelahan jer dengan village courtyard tadi.
Pukul 8 malam stat tarzan show pula. Kalau tak silap mama, pelakon2 adalah orang yang sama buat fire show tadi. Kiranya diorang ni multi talented.
Kisah tarzan berkisar tentang pemburu haram yang datang ke hutan tempat tarzan tinggal untuk memburu hidupan liar.
Macam2 aksi lucu dan bodoh2 yang terjadi sepanjang pemburuan mereka. Memang menggeletik hati penonton.
Sound effect memang superb. Mama terkejut dengan bunyi bom. Siap ada scene diorang baling mercun dalam sungai, air tu terpercik sampai kat tempat mama duduk.
Pemburu cuba menangkap gorila, kawan tarzan. Tapi gorila ni cerdik. Siap kenakan pemburu tu balik.
Tarzan datang dengan bergayut macam kat dalam tv tu untuk menyelamatkan kawan2 binatang dia yang telah ditangkap oleh pemburu haram.
Puas hati tengok show diorang. Selain jalan cerita yang lucu, aksi serta bunyian yang digunakan adalah terbaik.
After ahow tarzan kami cepat2 keluar dari arena balik ke resort. Takut keluar lambat nanti beratur panjang tunggu tram. Tapi takpun sebab tram banyak jer tengah tunggu kami. Psiko mak ko ni.
Sampai resort bawak si kembar jalan2 kat pasar malam dulu beli dinner. Perut dah kelaparan sebenarnya. Nak makan kat dalam safari park tadi takut balik lambat.
Sekian cerita hari pertama di bgrc. Overall, memang seronok datang sini, kecuali part cuaca yang panas sangat. Itu tak boleh nak wat apa, beyond our control. Anak2 tak sabar nak tunggu esok hari untuk basah2.