Sunday, January 12, 2014

Bandung : Restoran Klasik Atap Nipah

Jangan plak korang gi bandung cari restoran dengan nama ni. Restoran klasik atap nipah ni nama yang mama saja2 bagi sebab tak tau nama restoran ni apa. 

Waktu kami sampai hujan tengah lebat jadi tak sempat nak jeling cari nama restoran. Yang pasti kat sini ada pondok2 beratap nipah yang dibina untuk kita menjamu selera.

Pondok2 ni plak ada macam2 design. Ada yang setingkat, dua tingkat, bentuk 4 segi, bulat. Setiap pondok berbeza antara satu sama lain. Bukan bentuk jer beza, bumbung juga berbeza. 

Kami telah memilih pondok dua tingkat yang berbentuk bulat. Kat tingkat bawah lantainya dipasang tiles. Sejuk gila bila pijak. Silap2 boleh beku bontot. Hahaha..jangan risau diorang sediakan kusyen untuk lapik duduk.

Tangga menuju tingkat atas. Seriau gak sebenarnya takut tangga ni tak mampu menampung berat mama. Tangga ni diperbuat dari batang buluh jer noks.

Ruang kat tingkat atas. Meja yang disediakan agak besar. Kat atas ni lagilah sejuk dan berangin. Masing2 menahan sejuk dan lapar. 

Lantai dari anyaman buluh. Kena makan bersila plak dah. Hahaha..confirm kebas kaki. Pastu lepas makan tak boleh nak bangun bontot melekat.

Nak tunggu pelayan habis hantar makanan satu persatu agak lambat. Dapur dok kat bangunan utama. Diorang kena jalan dari dapur then nak panjat tangga lagi.. memang takes time.

Tapi aiman tak kesahhh... masa yang ada ni kami guna untuk berkenalan dan beramah mesra dengan ahli rombongan yang lain. Maklumlah baru sehari jumpa. Nama pun masih belum ingat lagi.

Boleh juga menikmati pemandangan indah di sekitar pondok. Pertama kali tengok pokok avocado yang tengah berbuah lebat. Kat luar masih lagi hujan lebat.

Yeay.. pelayan dah start hantar makanan one by one. Yang dalam bekas banyak2 ni adalah air basuh tangan. Boleh dikatakan kesemua restoran yang kami singgah sediakan air basuh tangan cenggini. 

Hidangan lunch kami bertemakan masakan sunda. 


Ikan gurame goreng meliuk lintuk. Kami siap interview pelayan tu macam mana ikan ni digoreng. Boleh diletak tegak berdiri cenggini. Rahsianya kene pegang ikan tu dengan penyepit sepanjang acara menggoreng berjalan.


Ikan gurame goreng tu cicah plak ngan sambal kicap ni. Fuhh.. memang marvellous. Selalunya ikan bakar jer makan cicah cili kicap atau sambal belacan. Ni ikan goreng pun jalan..


Ayam penyet. Walaupun nampak kecik tapi ni bukan ayam kampung. Fizikal jer macam ayam kampung. Ada ahli rombongan yang tak nak makan ayam penyet ni sebab ingatkan ayam kampung.


Ulam ulaman yang di cicah dengan sambal cili kering atau sambal nasi lemak ni. Macam pelik plak makan ulam cicah cenggini. Biasa cicah sambal belacan n budu jer.


Kangkung goreng.


Ni sejenis sup asam sunda. Isi sup ni adalah buah2 macam jagung dan buah malinja. Most of us tak boleh terima rasa dia sebab manis. Macam pelik bila makan nasi berkuahkan something yang manis. Walaupun mama ni orang kelantan yang terkenal dengan makan benda2 manis still tak boleh terima rasanya.


Tu dia sampai ke atas meja nak mencedok nasi. Ni betul lapar gayanya ni.


Jemput makan semua. Orang lain bila pergi luar negara makin kurus sebab tak biasa makanan luar. Mama plak terbalik makin gemuk. Hahaha. Sini makanan sedap2 weih.


Bila perut dah kenyang barulah ada tenaga untuk aktiviti seterusnya. Kalau ikutkan itenary, petang ni kami akan ke pasar baru bershopping. Tapi nasib malang, jalan jem teruk sangat. Bila kami sampai kat pasar baru, kedai semua dah tutup. Sedikit kecewa di situ.

No comments:

Post a Comment