Sunday, January 5, 2014

KL : Pudu

Lepas setel semua urusan, kami keluar ronda2 sekitar pudu. Mulanya plan nak berjalan ke petaling street cuci mata. Sejak beranak pinak ni dah lama tak meround malam2.

Tapi bila pikir balik nak mengheret rayyans dalam keadaan yang sesak tu maka plan dibatalkan. Kami cuma keluar ke mydin then gi makan kat mcd.

Kat mydin tadi sempatlah rayyans buat drama nak mainan. So dapatlah sorang seketul kereta ben 10 ni. Kenmain suka lagi diorang bila dapat apa yang di hajatkan. 

Habis dinner kami terus balik hotel. Malam2 ni takde aktiviti nak buat, dok peratikan lampu kat menara bertukar warna jer la. Tup tup nampak bunga api. Rupanya malam ni ada majlis pelancaran tahun melawat malaysia 2014.

Esoknya pagi2 terus check out sbb mama nak kena collect ic kat jabatan pendaftaran.

Macam pelancong dah mama rasa bila pakai baju tertulis perkataan kuala lumpur.

Cuma rayyans jer yang tak nak pkai baju diorang. Tak cantik katanya. Huhuhu. Baru umur 4 tahun dah pandai memilih cantik ke tidak.

No comments:

Post a Comment