Saturday, January 11, 2014

Jakarta : Percutian Single

Mama memang dah lama berhajat nak bercuti ke bandung tapi tak kesampaian. Mula tu plan nak pergi dengan gegirls ofis lama. Tapi plan tu terkubur macam tu jer sehinggalah mama dah resign dari sana.

Tetiba dua minggu lepas mama jue call mama ajak gi bandung. Ikut rombongan staf agrobank di bawah kelolaan yani. Yani ni ex ofismate wadi, husband mama jue. Sekarang ni yani dah buka agensi pelancongan. 

Pucuk dicita ulam mendatang. Selepas dapat keizinan dari papa, mama bagi kata putus untuk mengikut rombongan tu. Memang very short time kami buat arrangement. Tu yang kelam kabut mama renew pasport. 

Pagi ni cuma papa yang hantar mama ke airport. Masa mama keluar dari rumah pukul 6 pagi tadi rayyans masih tidur. Mama tinggalkan rayyans di bawah jagaan kakak diorang. 

Risau takut diorang meraung nak ikut mama nanti kalau bawa diorang ke airport. Papa pun tak tunggu mama kat airport. Papa just drop mama then balik umah terus. Takut rayyans menangis cari mama papa takde.  

Trip kali ni adalah selama 4 hari 3 malam. Kami naik flight airasia. Flight kami akan mendarat ni jakarta then kami akan naik van ke bandung pulak. On da way balik nanti pun kami akan naik flight kat jakarta.


Dalam flight kami diberi 2 keping borang untuk diisi. Nasib baik mama ada baca blog mentioned kena bawa pen siap2. Kad ni akan diserah semasa pendaftaran keluar kat imegresen nanti. 


Kad tu nanti akan dikoyak dan satu bahagian mama kena simpan. Baki kad tu kena pulang balik masa nak keluar dari indonesia nanti. Kalau hilang kad tu nanti merasalah jadi pendatang asing tanpa izin kat bumi indon ni.


Kencangkan sabuk pengaman selama anda duduk. Makaudnya sila pasangkan tali pinggang keledar sepanjang anda duduk. Perkataan yang berbeza tapi membawa maksud yang sama.


Subhanallah..indahnya alam ciptaan yang Maha Esa. Betapa baiknya cuaca hari ini. Langit membiru dengan awan yang nipis mengiringi perjalanan mama. Syukur Alhamdulillah mama dapat peluang meluaskan pandangan mama di bumi Allah yang luas ini.

No comments:

Post a Comment