Friday, January 17, 2014

Gua Musang : Hotel Goa Inn

Malam semalam lepas dinner dok sembang2 dengan papa. Papa tersebut teringin nak tengok bola kat stadium kota bharu. Kebetulan, hari sabtu ni ada game kelantan lawan sime darby kat stadium sultan muhammad iv. Kebetulan semalam adalah hari thaipusam. So ada cuti 3 hari sederet. 

Mula tu plan nak gerak balik pagi jumaat. Tetiba masa kat opis papa message nak gerak balik malam tu jugak. Dah satu hal mama kena arah satu2 papa packing baju mama. Kalau baju rayyans takde masalah. Papa boleh uruskan.

Nasib baiklah kalau dari opis mama tak lalu depan batu caves untuk ke gombak. Kalau dari puncak alam dulu kami kena lalu depan batu caves. Confirm lah jem tak henggat punya. Pukul 12 malam kami sampai kat gua musang. Papa dah tak larat nak drive. Jadi

Jadi kami walk in jer kat hotel goa inn. Nasib baiklah ada bilik kosong. Actually ada banyak lagi hotel kat area gua musang ni. Tapi goa inn ni yang pertama kami jumpa selepas masuk pekan gua musang.

Hotel goa inn mama rasa 2 bintang jer kot. Rate untuk satu malam dalam rm80. Walaupun cuma dua bintang, kat dalam bilik ada wifi tau. Hotel yang banyak bintang pun kadang2 bila nak berwifi kena turun ke lobi. 

Minimalis perabot disediakan. Walaupun tv old fashioned tapi ada channel astro. Papa sempat lagi layan astro sport sebelum tidur.

Haaa tu dia gula yang disediakan. Almaklumlah orang kelantan kan suka makan manis2.

Condition toilet pun ok. Boleh dikatakan bersih jugak. Yang penting kat toilet ada paip air.

Orang lain sibuk dok berwhite studio fotografi, si kembar lak dok bergreenstudio. Hahaha.. dinding bilik hotel ni hijau. Ceria sangat.

Si kembar ni memang suka sangat kalau dok hotel. Tak kisahlah walaupun hotel biasa2 jer. Janji dok hotel.

After check out, kami ke pekan lama gua musang untuk breakfast. Tapi sebelum tu kami pusing2 sekitar pekan dulu. 

Ni stesen keretapi yang lama. Stesen ni dah tak digunakan lagi. Sekarang stesen dah dipindahkan ke pekan gua musang yang baru.

Kemudian kami ke tempat biasa kami breakfast kalau kat gua musang. Ayam bakar ni la yang memanggil2. Bau dia semerbak.

Our feveret food, nasi berlauk ayam bakar.

Untuk rayyans, cuma nasi kosong dan ayam bakar. Kuah kari tu pedas skit. Takut perut diorang meragam kalau makan pedas.

Kids pun suka makan ayam bakar ni. Rasanya manis2 gitu. Diorang boleh habiskan sebungkus sorang nasi.

Lepas breakfast kami terus bertolak ke kota bharu. Kali ni balik kelantan kami tak balik kampung. Sebaliknya kami check in hotel kat kota bharu then nenek n paksu mat join us.

No comments:

Post a Comment