Saturday, January 18, 2014

Kota Bharu : Muzium Perang

Bangunan muzium perang cuma bersebelahan jer ngan istana jahar. Dua2 dok dalam pagar yang sama. Kalau pengawal istana tak bagitau, kami tak prasan ada lagi bangunan kat sebelah istana tu.

Ini adalah pintu masuk ke muzium perang atau balai senjata. Nampak dari depan macam kecil tapi sebenarnya balai senjata ni memanjang ke belakang. 

Dah nama pun balai senjata, kat dalamnya penuh dengan senjata tradisional. Dekat pintu masuk ada deretan lembing pelbagai design.

Ini keris yang paling besar kat balai ni. Panjang keris ni dah sama tinggi dengan manusia. Ada sesetengah keris macam ada kesan darah yang dah kering. Huhuhu..serammm..

Ruang ini merupakan ruang pameran pelbagai jenis senjata beserta dengan penerangan sejarah asal usul setiap senjata yang dipamerkan.

Yang ni pula duit yang diperbuat daripada timah. Pure timah. Penuh satu peti. Duit zaman dulu ada lubang kat tengah. 

Kat bawah balai senjata ni plak ada pameran kenderaan atau pengangkutan yang digunakan pada zaman dulu.

Paksu mat si penarik beca. Seronok 3 beranak tu mendera paksu mat.

Kereta kuda tanpa kudanya.

Perahu salah sebuah pengangkutan air paling utama. Macam2 jenis perahu ada kat sini.

Perahu ini dibina pada tahun 1930. Zaman sebelum merdeka. Perahu ini telah dicat dengan warna putih dan biru.


Perahu ini asalnya dari sebatang kayu. Kayu yang besar dibuang isi dalamnya dan dibentukkan menjadi sebuah perahu. 


Kunjungan ke istana jahar sedikit sebanyak dapat memberi info berkenaan istiadat diraja kelantan. Kalau sesapa peminat sejarah, memang berbaloi datang ke sini.

No comments:

Post a Comment