Saturday, January 11, 2014

Bandung : Hotel Hyper Inn

Setelah seharian perjalanan dan penuh dengan aktiviti, lewat malam baru kami check in hotel. Mata memang dah layu. Badan pun dah penat. Memang mintak tilam bantal dah ni.

Kami stay di hotel hyper inn yang terletak di jalan pasirkaliki. Hotel ni bertaraf 3 bintang. Harga bilik mama anggarkan dalam rm100.

Hyper inn berdekatan dengan paskal food market. Hotel ni bertaraf 3 bintang. Paskal food market tu ada jual 1100 jenis makanan. Tapi sayang mama tak berkesempatan nak pergi. Setiap hari balik lambat. Badan dah penat sangat. Jadi tak larat dah nak jalan2 kat paskal food market ni.

Kami dapat bilik twin sharing. Biliknya tak luas mana tapi bersih. Cukuplah untuk kami sebab balik bilik dah lewat malam cuma untuk tidur jer. 

Inilah dia roommate mama kat bandung ni. Kat dalam bilik ada wifi tapi signal tak kuat. Kalau nak laju kena turun ke lobi. Baru kuat signalnya.

Toilet bersih. Shower ada air panas. Nak berak pun senang sebab ada air paip. Sesetengah hotel kat malaysia air paip pun takde. Cuma satu yang kureng, towel kecik. Tak cukup besar nak balut tubuh mak yang gems ni.

Ada tv lcd besar. Semua channel indon. Cita omputih pun cakap indon. Malam mama layan indon dok menari2 sampai lelap.

No comments:

Post a Comment