Sunday, January 12, 2014

Bandung : Bali Heaven

Sepatutnya petang tadi kami ke pasar baru untuk bershopping kain pasang. Tetapi disebabkan traffic jem yang teruk, kami terkandas. Bila sampai kat pasar baru, kebanyakkan kedai dah tutup. 

So sebagai ganti kami ke bali heaven. Lampu B jer menyala. ALI dah tidur. Bali heaven ni macam one stop center. Semua ada kat sini. Dari factory outlet, restoran hinggalah tempat massage. Kalau datang masa hari siang memang seronok la.

Tujuan kami datang malam ni bukanlah untuk bershopping tetapi untuk bermasagge. Melegakan urat2 yang dah tegang setelah seharian berjalan dan terkandas dalam jem. Naik kematu bontot dok dalam van.

Inilah tukang masagge mama. Mama amik pakej urut satu badan. Harganya rp175000. Selain tu banyak lagi pakej2 lain yang ditawarkan. Ada yang amik urut kaki sahaja, urut kepala sahaja. Terpulang pada kita nak pilih pakej yang mana.

Untuk pakej ni kita akan diurut selama 60 minit. Kalau sesapa tak tahan sakit boleh minta tukang urut kurangkan tahap urutan diorang tu. Pada mama takdelah sakit sangat. Kalau tukang urut kat kampung lagi sakit. Tiap kali urut boleh menitis air mata.

Lepas urut boleh mandi dan segarkan diri. Kemudian kami diberi complimentary drinks. Boleh pilih samada nak teh o, kopi atau air halia. Best sangat dapat urut. Badan rasa lebih ringan.

Lepas urut mama jalan2 sekitar bali heaven sementara menunggu ahli rombongan yang lain habis ngurut. Mama dapat bayangkan kalau datang siang memang cantik pemandangan kat sini.

Cuba teka pokok apa sebelah mam jue ni. Kami siap bertekak lagi pasal pokok ni. Dari jauh nampak macam padi. Rupanya pokok pandan yang baru lepas kena potong. Yang musykilnya pandan kat sini siap berbunga. Kaler putih bunganya.

Dah habis massage, next activity of course la dinner.

No comments:

Post a Comment