Saturday, January 11, 2014

Bandung : Dari Kaca Mataku

Akhirnya mama sampai jugak ke bandung. Bolehlah potong dalam wishlist dah. Next mama aim nak ke medan, surabaya, bali, bukit tinggi dan lombok. Fuhhh..banyak lagi tu dalam list.

Ni mama nak story kisah bandung from my point of view. Bandung pada mama sebuah bandar yang crowded. Penduduknya memang ramai. Jalanraya penuh dengan kenderaan. Jalan memang jem memanjang.

Skill memandu orang2 bandung memang superb. Walaupun jalan sempit dengan kenderaan penuh, sikitpun takde gesel2 kenderaan lain. Satu yang mama respek, pemandu kat sana selalu 'give way' kalau ada kenderaan lain nak potong atau mencelah. Berbeza dengan keadaan kat malaysia. Even dah bagi signal pun susah nak mencelah. Siap kena hon bagai.

Hidup diorang boleh dikatakan agak susah. Setiap inci tanah yang ada digunakan untuk menjaja. Walaupun kat depan kedai, diorang still buka gerai untuk menjaja. Kadang kita tak pasti tahap kebersihan barang2 yang dijual tu.

Kat tepi2 jalan banyak gerai beroda yang jual macam2 produk. Gerai2 ni diletakkan di depan kedai hinggakan menutup terus pintu kedai kat belakang tu. Yang musykil, tuan kedai takde plak nak halau penjaja2 ni semua. Takde plak isu mengacau periuk nasi orang lain.

Banyak gerai2 makanan kat tepi jalan. Kebanyakkan jual makanan tradisional seperti bakso, tauhu semedang, martabak dll. Martabak kat sini tak sama ngan martabak malaysia. Martabak diorang adalah apam balik kat malaysia.

Cuma mama tak berani nak makan food yang dijual kat tepi jalan ni. Kita tak pasti tahap kebersihan dan kehalalannya. Risau perut tak sesuai karang tak pasal2 cirit birit. Perut mama dah la over sensitip. 

Kalau gerai buah buahan maybe konfiden sikit. Buah tu boleh dibasuh dulu sebelum makan. Lagipun buah2 kat sini nampak segar. Terutama buah avocado yang memang banyak sangat kat sini. Bandung kan tempat tinggi. Cuaca sentiasa sejuk dan hujan. Sesuai la untuk penanaman buahan.

Kereta kuda memang salah satu pengangkutan utama kat sini. Kereta kuda boleh lalu kat jalanraya utama. Kalau kat negara kita cuma ada beca jer. Tu pun untuk pelancongan sahaja terutama kat melaka dan penang.

Public transport kat sana adalah van yang dijadikan teksi. Namanya angkutan kota. Kalau melancong secara backpackers bolehla cuba naik angkutan kota ni.

Stesen minyak utama namanya pertamina. Ala2 petronas la kalau kat malaysia ni. Kenderaan kat sana mostly mpv dan 4WD. Besar2 kete diorang. Takde yang kecik2 macam kancil ke viva ke. Rasanya diorang takde cukai jalan. 

Satu lagi, kat sini semua benda yang boleh mendatangkan duit akan dikira. Every single thing kena bagi tip. Contohnya, tolong amikkan gambar kena bagi tip. Tolong tahan kenderaan kami nak lintas jalan kena bagi tip.

Walauapapun, mama bersyukur dilahirkan di malaysia. Kat sini semuanya serba lengkap. Insaf mama tengok orang2 kat sana bersusah payah demi mencari sesuap nasi. Kita cukup beruntung dapat hidup senang. Semoga Allah sentiasa melimpahi kita dengan rezeki yang melimpah ruah.

No comments:

Post a Comment