Monday, January 6, 2014

Rayyans 1st Day Schooling

Akhirnya hari yang dinantikan tiba jua. Buat pertama kali Rayyans melangkah ke alam persekolahan. Walaupun cuma sekolah tadika, perasaan berdebar di hati mama tetap ada.

Awal2 lagi hazim dah bangun mandi dan bersiap. Terserlah kehenseman anak mama ni siap berkopiah. Hazim pun dah makin membolat. Dah hilang leher tu. Uniform kaler kuning siap logo rama2.


Ustaz hadif. Bersungguh2 dia menghafal nama sendiri takut cikgu tanya. Maklumlah sebelum ni dua2 bantai membahasakan diri masing2 hazim. Cumanya diorang pelat huruf f dan r. Hadif rayyan jadi hadis layyan. 


So skrg ni kalau tersalah panggil nama dia memang kena sound tepek la mama papa. Hadis la mama...apa la mama ni sebut nama saya tak betul. Gitu.. dia plak yang mengajar kita sekarang ni.


Hari ni mama papa amik cuti sempena nak daftarkan rayyans sekolah. Kami berdebar gak menantikan reaksi diorang kat sekolah nanti. 1st day kan.. risau diorang takut. Jangan ada drama dah la nanti. Karang meraung nak ikut mama balik umah.


Terlalu besar harapan kami untuk si comel kami ni. Semoga rayyans menjadi seorang khalifah yang beriman, berjaya dunia dan akhirat. Semoga dunia persekolahan ni memberi keseronokan buat rayyans dalam mencari ilmu.


Wajah2 eksited tak sabar nak ke sekolah. Semoga rayyans sentiasa teruja nak ke sekolah. Jangan lepas ni malas nak bangun pagi sudah.


Bismillahhirrahmanirrahim. Memulakan perjalanan pada hari pertama. Masa ni mama dah cuak sebab hadif dah tunjuk muka monyok. Maybe sebab dia masih mengantuk.

10 minit perjalanan maka sampailah kami kat sekolah. Tadika rayyans nama the little caliphs cawangan bandar putera. Masa parking, diorang spontan cakap ok mama dah sampai sekolah. Salam dulu. Bye2 mama.

Huhuhu.. mama plak yang sebak. Terkejut sebenarnya rayyans dah cerdik. Takde nak merengek2 suruh mama teman. Ada petugas yang akan amik diorang kat pintu bawah naik ke tingkat atas. 


Sampai kat sekolah diorang diberi nama masing2. Parents tak dibenarkan masuk ke dalam kelas. Tanggungjawab memerhatikan diorang berubah kepada cikgu2 pula. Nasib baik rayyans tak menangis. 

No comments:

Post a Comment