Friday, January 31, 2014

Melaka : Banda Hilir

Aktiviti malam kami diisi dengan berjalan jalan di banda hilir. Hajat hati nak naik river cruise sambil menikmati pemandangan malam di sepanjang sungai melaka.

Tetapi hajat hati terpaksa dipendamkan bila mengenangkan kena beratur panjang. Ramainya rakyat malaysia yang bercuti ke melaka waktu ni.

Nasib baiklah mama dah pernah naik river cruise ni pada waktu siang. Jadi takdelah kempunan sangat.

Malam ni dipenuhi dengan aktiviti santai jer la. Nasib baik dekat jeti river cruise ni ada gerai2 jual makanan, permainan. Takdelah anak2 bosan sangat.

Mama sempat tempah brother pelukis tu lukis gambar rayyans. Satu kepala rm10. Jadi untuk gambar rayyans ni rm20 +rm10 untuk laminate lukisan tu. 

Yang belah kiri tu hazim dan hadif yang bertudung. Actually kepala hadif tutup dengan hoodie sweater. Disebabkan hadif takmo amik gambat time tu maka mama terpaksa bagi jer gambar yang ada kat dalam fon.

Papa pulak sempat massage bahu n kepala ngan apek ni. Harga kalau x silap mama rm10 untuk 15 minit.

Sebelum balik ke homestay, kami anak beranak naik beca dulu. Tak sah kunjungan ke melaka kalau tak naik beca.

Waktu malam beca ni nampak lebih meriab dihiasi dengan lampu warna warni dan lagu mengikut permintaan penumpang.

Harga untuk sebuah beca adalah rm25 untuk satu trip. Beca yang kami naik ni di bangunan kaler merah tu hingga ke a famosa.

Beca yang kami naik ni dekonya lebih kurang jer. Maybe diorang ni satu team. Adalah dalam 5, 6 biji. Kaler pun samada pink atau merah.

Seronok betul anak2 dapat naik beca. Satu pengalaman baru buat diorang. Itulah penutup cerita malam di banda hilir. Lepas tu kami balik homestay tido. Esok ada lagi aktiviti yang dah dirancang.

Melaka : Muara Sg Duyung

Malam pertama kat melaka kami ke muara sg duyung. Ada orang mengidam nak makan ikan bakar. Orang tu adalah mama.

Kami gerak dari homestay selepas asar. Mula tu ingat kami gerak awal sangat. Tapi bila sampai sana, orang dah ramai gila. 

Takde meja kosong pun. Selepas 15 minit barulah kami dapat meja. Tapi port tak menarik sangat. Tak dapat meja yang boleh jenguk nampak air laut.

Senarai harga seafood kat sini. Konsep sini kita akan pilih seafood, ada staf yang akan timbang dan take down kita nak masak apa. 

Kalau agak2 pening nak pikir menu staf tu akan suggestkan nak masak apa. Pastu servis diorang memang pantas. Walaupun ramai pelanggan, makanan cepat dihidangkan.

Kat setiap meja ada nasi lemak bungkus yang sedap giloss. Hadif boleh habiskan 3 bungkus..diulang..3 bungkus. Sampai kitorang suh dia stop makan.

Ikan siakap bakar bersambal. Oder 2 ekor.

1kg udang masak masam manis.

1kg sotong celup tepung.

1kg kupang masak pedas.

Sayur campur.

Air kelapa 1st round 3 jug x cukup. Top up lagi another round.

Bila tengok balik gambar2 makanan ni meleleh ayaq lioq.

Total harga makanan untuk 15 orang makan adalah rm230. Harga sedikit mahal tapi puas hati sebab masakan sedap.


Berlatarbelakang muara sungai duyung. 


Pose versi single. Anak2 tak ingat kat mak bila jumpa mak pak sedara.

Bot2 nelayan tengah parking sekitar muara sungai.

Bertuah dapat tengok sunset. Lepas selesai isi perut, kami ke next destination iaitu bandar hilir.

Melaka : Homestay Taman Desa Idaman

Sempena cuti raya cina, kami adik beradik sepakat nak berkumpul. Dah lama tak bersua muka since raya puasa.

So kami plan bekumpul kat tengah2 iaitu kat melaka. Mana yang dari jb kena naik ke melaka. Mana yang dok kl kena turun melaka.

Cuma k.dah jer yang tak dapat join. Depa sekeluarga balik kelantan pulak. Ada kenduri belah abang ipar. Nenek dan tok ayah yang sepatutnya join kami pun kensel plan. 

Diorang tunggu k.dah kat kampung jer. Kesian plak k.dah balik kampung kalau takde orang. Bukan rezki nak jumpa semua. Tapi dapat kumpulkan 5 dari 6 bradik tu dh kira ok la.

Kat melaka kami menyewa homestay di taman desa idaman durian tunggal. Bila kumpul ramai2 macam ni dok homestay lagi convenience. Kalau dok hotel payah nak bergosip sebab masing2 of course terperap kat bilik jer.

Urusan pencarian homestay kami serahkan kat p.da. Yang lain cuma keluarkan duit sewa jer. Kami sewa utk 2 malam. Satu malam harganya rm350. 

Kami puas hati sangat dengan homestay ni. Rumah besar, luas dan bersih. Rumah semi detached yang ada 4 bilik, 3 bilik air. Memang berbaloi dengan harganya.

Ini bilik tidur kat tingkat bawah yang menjadi pilihan cikla. Bilik tidur bawah dindingnya kaler biru.

Bilik tidur kedua yang bertemakan purple menjadi pilihan kami. Setiap bilik ada satu set perabut dan dilengkapi dengan aircond.

Ciknik dan uncle is memilih bilik tidur ketiga. Bilik ni pun dicat dengan warna biru. Bilik ciknik dan bilik kami berkongsi toilet.

Master bedroom kami bagi pakda. Bilik ni ada 2 katil queen. Sesuailah untuk pakda 5 beranak tidur sini. 

Pada mama bila bercuti perkara utama adalah tempat tidur yang selesa. Kalau tempat tidur tak selesa, bila tidur habis sakit2 urat tu namanya bukan bercuti. 

Bercuti ni kita kena relax tenangkan fikiran, rehatkan fizikal dan mental. Kedua, makan kena cukup. Barulah puas hati bercuti. 

Selepas check in kami just berehat2 kat rumah jer sambil layan gossip adik beradik. Si kembar ni pula happy jer dapat hadiah bear dari ciknik.

Sunday, January 19, 2014

Kota Bharu : Stadium Sultan Muhammad IV

Inilah dia tujuan utama balik kelantan kali ni. Papa nak tengok bola kelantan vs sime darby kat stadium sultan muhammad iv. Layankan jer la minat papa tu.

Akhirnya tercapai juga cita2 papa nak masuk stadium sultan muhammad iv. Bertemankan paksu mat dan rakan2, papa gigih jalan kaki dari hotel ke stadium.

Mama n si kembar hanya melepak kat hotel. Tak kuasa nak melayan kerenah si kembar dalam stadium. Gambar2 ni semua papa yang snap. Kat perkarangan stadium ada gerai2 jual jersey dan makanan.

Motor the red warrior.  Macam2 kerenah peminat bola sepak. Menarik gak motor ni bila dah dipakaikan mekap. Mungkin ini cara empunya motor memberikan sokongan kepada trw.

Malam ni 1st game kelantan untuk liga super bagi tahun 2014. Pagi tadi gi beli tiket nak amik grand stand tapi dah habis. Dapat tiket biasa pun takpe la janji ado.

Sementara menunggu wisel pertama dibunyikan, penyokong tegar sempat menunaikan ibadah yang wajib dulu. Sisipkam dalam doa kalian semoga pasukan piliham diberi kemenangan.

Suasana kat dalam stadium dipenuhi lautan merah. This is kota bharu.

Supporters kelantan.

Kesebelasan utama the red warriors.

Alhamdulillah trw menang. Tak sia2 papa balik kampung semata2 nak meyokong pasukan kelantan.