Tuesday, October 30, 2012

Our First Colouring Book

Hi aunty-aunty seme. Hari ni kami take over blog mama. Mama penat dan tak sihat nak menulis. Jadi hari ni Hazim dah Hadif jer yang bercerita. Kali ni kami nak cerita tentang our first colouring book. Alkisahnya, selepas balik dari kampung, kami ke Econsave. Mama nak beli barang dapur. Masa kat dalam econsave tu, bila tiba kat area permainan kanak-kanak, Hadif menjerit sekuat hati minta buku.

Mama belikan kami buku mewarna Ultraman. Kami suka sangat. Sebab kami memang minat dekat ultraman. Pastu mama belikan juga crayon untuk kami kaler buku tu nanti.

Bersemangat kami kaler buku tu. Satu malam jer dah siap. Walaupun kami kaler tak berapa cantik, tapi mama cakap kami kaler cantikkkkk sangat. Tq mama.

Tapi kami nak minta maaf kat mama sebab selepas kaler satu buku, kami dah patah-patahkan crayon tu. Mama marah. Mama buang semua crayon dalam tong sampah. Huhuhu....tapi kami dah minta mama belikan yang baru. Mama say NO. Padan muka kami berdua.

KFC Gua Musang

Plan asal nak gerak balik ke Shah Alam belah malam. Tapi change plan, kami gerak awal sikit. Pas asar kami terus gerak. Papa risau takut jalan jem plus langit macam nak hujan. Kalau ikut hati ni malas sangat nak balik Shah Alam. Kalau boleh nak dok lama-lama bermalasan makan tidur kat kampung.

Nasib baik jalan tak jem. Cuma sangkut sekejap dekat Kuala Krai jer. Tapi sepanjang jalan memang hujan lebat. Maghrib kami tiba kat gua musang. So singgah la dinner kat KFC, kat pekan lama Gua Musang.

Si Rayyans ni memang suka makan KFC. Dapat seketul peha ayam memang tak toleh kiri kanan lagi dah. Mama pilih set yang ada nasi sebab nak bagi diorang kenyang. Bila perut kenyang jawabnya diorang akan tido lena sepanjang jalan.

Salah satu sebab kenapa mama pilih KFC sebab restorannya tertutup. Tak perlu nak risau Rayyans berlari sana sini. Kalau berhenti kat RnR terlalu open space. Susah nak kontrol diorang ni. Tapi mama bangga sebab diorang habis makan nasi ayam ni. 

Monday, October 29, 2012

Nasi Dagang Air Tangan Ibu

Memandangkan plan nak buat nasi dagang makan pagi raya tak menjadi, maka hari ni barulah dapat merasa nasi dagang. Mek kesian anak-anak kempunan tak dapat makan, jadi gagahkanlah jugak bangun pukul 4.30 pagi tanah nasi dagang tu. But still, ikan tongkol masih takde di pasaran. Jadi kami makan berlaukkan ayam jer la. Tapi tu pun dah terlebih sedap bila makan hasil air tangan ibu.

Tu dia..dua periuk. Satu periuk nasi, lagi satu periuk gulai. Licin buat makan pagi jer. Masing-masing tak menyempat dah, terus ceduk dari periuk.

Pagi ni cikla dah nak bertolak balik kl. Malam nanti plak kami akan menyusul. Kami lebih selesa gerak malam sebab anak-anak tidur. Bolehlah papa drive dengan tenang. Kalau mengantuk kami akan berhenti take a nap.

Saturday, October 27, 2012

Persandingan

Actually takde majlis persandingan pun, just bergambar-gambar depan pelamin. Malas nak cita banyak...layankan jer la gambar mana yang ada ni.

Pengantin baru

With ayah dan mek

Keluarga Mak long. Pak long missing in action, bz layan tetamu.

Us tanpa Hazim. On da way balik dari masjid tadi Hazim tertidur. 

Pengantin with cikla's family

The one n only adik bongsu yang masih single. Hmmm cuma keluarga pakda jer yang takde gambar. Maklumlah pakda orang kuat majlis. Tukang buat air. Nak bergambar pun tak sempat.

Antara kawan-kawan ciknik yang datang memeriahkan majlis.

Jiran yang dah jadi macam keluarga sendiri.

Gediks

Apahal tetiba gambar gula ni...hehehe...memandangkan kenduri ni adalah kenduri kesyukuran, maka takde salam-salam duit ler. Tapi orang sini memang takkan datang dengan tangan kosong. Benda feveret yang diorang akan bawa adalah gula.

Aku Terima Nikahnya

Sementara kaum lelaki dok sibuk menguruskan hal lembu korban dan masak memasak, kami kaum-kaum ibu sibuk bersiap untuk ke majlis akad nikah. Akad nikah buat kat masjid dijadualkan pukul 11 pagi. Jadi pagi ni memang agak kelam kabut sedikit la. Ada yang bertanya, kenapa tak buat akad nikah malam tadi. Dah empunya badan taknak...malas nak tukar-tukar baju dan mekap banyak kali katanya. Bila akad nikah hari ni terus sekali harung dengan sanding (walaupun takde la sanding sangat).

Bila semua dah siap, cepat-cepat kami berangkat ke masjid. Risau takut imam yang nak nikahkan ciknik marah nanti kalau kami lengah-lengahkan masa. Masjid ni la tempat mama n cikla kahwin dulu.

Kalau ada yang perasan, rombongan ni hanyalah sebelah pihak kami sahaja. Keluarga sebelah pengantin lelaki tak dapat nak datang. Kami faham situasi Iskandar. Keluarganya nun jauh di Sabah.

Sebenarnya Iskandar adalah saudara baru, baru 3 tahun memeluk Islam. Keluarganya berketurunan dusun dan menetap di Keningau. Selain Iskandar, lagi 3 orang adik beradik dia dah memeluk Islam. Tapi kesemuanya menetap di Sabah. Cuma Iskandar seorang sahaja yang tersesat ke Semenanjung ni. Semenjak dia memeluk Islam, mek jadikana Iskandar sebagai anak angkat.

Memang diakui, cinta mereka berdua mendapat halangan pada mulanya. Tapi siapalah kita untuk menidakkan takdir dan jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. Setelah 2 tahun menyulam cinta, akhirnya mereka disatukan atas ikatan suami isteri. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah.

Untuk kali ketiga, ayah mewakilwalikan kat imam ni untuk menikahkan kami. Bermula tahun 2008 masa mama kahwin, 2011 cik la kahwin dan tahun ni giliran cik nik pula. Sampaikan bila nampak muka papa n nasir imam tu berseloroh "eh ni yang kita nikahkan dulu kan? Ramai menantu lelaki deme pak him". Pak him tu nama glemer tok ayah kat kampung. Selesai sudah tanggungjawab ayah mewalikan ketiga-tiga anak perempuan.

Sebelum mengakadkan, imam terlebih dulu akan bacakan tanggungjawab seorang suami, hal-hal berkaitan dengan rumahtangga. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Iskandar sah menjadi suami cik nik. 

Selepas akad nikah, imam ada panggil Iskandar masuk bilik sulit. Rasanya imam tu bagi nasihat apa yang patut untuk Iskandar sebagai saudara baru. Puas kitorang cuba korek dari Iskandar apa yang imam tu cakap tapi nan hadolah dia nak bercerita kat kami yang kepoh ni.

Bila imam tu dah habis berbicara, menyampaikan segala amanat kat Iskandar, barulah boleh sarung cincin segala. Inai cik nik tu pakai inai segera yang dalam tiub tu jer. Merah gak.

Giliran si isteri menyarung cincin ke jari si suami pula.

Menyerahkan mas kahwin untuk isteri tercinta.

Newly married

Family potrait...before balik sambung berposing kat rumah pula.

Sahaja Aku Melakukan Ibadah Korban

Raya kedua baru kami buat korban sekor lembu. Mama, tok ayah, moyang, pakda, paksu mat dan mak long buat ibadah korban manakala cikla buat akikah untuk Arissa. Alhamdulillah, cukup 7 bahagian lembu untuk kami sekeluarga. Daging lembu tu nanti akan dijadikan lauk kenduri kahwin ciknik. Entry ni penuh dengan gambar-gambar lembu. Jangan plak nanti ada yang komen takut ke, kejam ke apa...

Inilah lembu jantan yang akan dikorbankan. Lembu ni dah buat sedikit drama pagi ni. Dia dok meragam sebab tok ayah bawak pergi lagi sekor lembu yang betina. Lembu jantan ni asyik dok merengus jer la. Risau mama takut tok ayah kena tanduk ngan lembu jantan ni. Last2 bila gi amik balik lembu betina, ikat dekat pokok berdekatan, barulah lembu jantan ni diam. Hmmmm...nak dekat ngan awek rupanya.

Selepas urusan jual beli bahagian lembu selesai, barulah lembu ni disembelih. Jiran-jiran kat kampung bersama-sama menolong menumbangkan lembu. Kemudian tukang sembelih, cikgu mat menjalankan kewajipan menyembelih lembu ni.

Sebelum warga lelaki meneruskan kerja-kerja melapah dan memotong daging lembu, mereka dijamu dengan pulut kuning, mihun goreng dan pulut kelapa untuk sarapan pagi. Bagi perut kenyang dulu then baru boleh bekerja dengan semangat.

Mula-mula, acara melapah kulit lembu. Melapah ni kena buat dengan hati-hati supaya tidak terpotong daging lembu. Kulit tu selalunya ada orang akan beli untuk dibuat kulit kompang.

Lembu yang telah dilapah kulitnya. Kalau sesapa yang tak sampai hati nak tengok, jangan baca ya.

Kemudian lembu ni dipotong ke bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk memudahkan urusan memotong daging.

Mereka semua bertungkus lumus memotong daging secepat mungkin coz selepas ni nak kena masak gulai kawah pulak. Masa yang ada amatlah terhad. Jemputan akan mula datang pukul 11 tengahari. So gulai tu nak kena masak sebelum pukul 11.
 Sebahagian dari daging yang telah siap dipotong.
Orang kuat belakang tabir. Ni bukti kerja kuat ni. 
End product. Gulai kawah ready untuk dihidang kepada tetamu majlis.

Friday, October 26, 2012

Behind The Scene

Selepas acara makan-makan kat rumah jiran, kami concentrate dengan persiapan untuk kenduri. Petang tu mak andam rasmi kami datang pasang pelamin. Actually mini pelamin jer. Si pengantin takmo bersanding beria. Just pelamin untuk bergambar-gambar jer. So kami taknaklah pressure pengantin. Kami hormat dengan pendirian ciknik tak nak bersanding n tepung tawar bagai. Lagipun kenduri ni just kecil-kecilan jer. Buat kenduri kesyukuran sahaja...

Everybodies doing their parts. Senang kerja mak andam ramai yang ringan tulang membantu pasang pelamin. Lagipun mak andam tak berapa sihat hari ni. Kerjasama daripada semua orang melancarkan dan memudahkan perjalanan majlis.

Tema mini pelamin ni adalah purple maroon. Plan asal, mini pelamin ni nak diletak kat dalam bilik pengantin jer. Tapi atas perbincangan adik beradik, we decide letak kat luar jer. Senang kaum kerabat dan kawan-kawan nak berfotogedix.

Untung mek biah dapat menantu lelaki yang rajin-rajin semuanya. Masing-masing ada kelebihan. Ni plak abang mie tengah betulkan lampu plak. Kasi terang sikit biar nampak jelas muka pengantin.

Finally, mini pelamin ni siap dipasang dengan jayanya. Bermakna bertambahlah kerja for me to look after the pelamin. Kena jaga pelamin dari diruntuhkan oleh anak-anak tersayang dan juga anak buah yang very notty....

Bakal biras ni yang rasmikan dulu pelamin yang siap dipasang atas hasil penat lelah diorang berdua. Yang kat belah kiri tu boleh diterima akal, nak practise untuk sanding esok. Tapi yang belah kanan tu berangan nak bersanding lagi sekali ke apa?

Tema untuk bilik pengantin plak kaler oren creamy. Ni atas permintaan mek bonda yang nak kaler lain-lain. Bosan katanya kalau guna kaler yang sama untuk pelamin dan bilik pengantin. Pelamin semua sudah siap terpasang, cuma tunggu esok untuk the big day.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Dah berjanggut lepas raya baru nak update cerita raya. Biasalah kat kampung bz memanjang, tak sempat nak jenguk blog. Dapat buka FB pun kira cukup baik dah. Persiapan untuk raya ala kadar jer tahun ni, tapi lebih kepada persiapan untuk kenduri kahwin ciknik.

Pagi raya kami cuma makan mihun goreng jer...daaa....kat kampung pun mihun goreng gak. Plan asalnya nak buat nasi dagang, tapi boleh plak ikan tongkol kat tok bali tu habis. Terus kensel plan nak buat nasi dagang.

Baju raya pun pakai jer mana yang ada. Takde beli baju baru pun. Baju baru cuma untuk wedding ciknik jer.  Potrait keluarga pun takde. Walhal pagi ni yang takde cuma cikla sekeluarga jer. Maybe itulah penyebab takde gambar ramai-ramai, sebabnya fotographer takde. Selalunya Nasir yang suka amik gambar ni.

Raya haji kali ni tak terasa sangat sebab tumpuan kami terarah ke persiapan kahwin ciknik. Pastu raya pertama kami tak buat korban. Raya kedua jer baru kami buat korban. Selepas sembahyang raya kami terus shoot beraya ke rumah atuk nenek dan mak pak sedara. Time yang ada untuk beraya cuma belah pagi jer coz belah petang kami akan sibuk potong bawang segala untuk kenduri esok.

Tengahari kami dapat jemputan lunch dari jiran sebelah rumah. Makan nasi dengan tulang singgang dan daging goreng. This is heaven. Singgang tulang adalah menu wajib kat sini. Kalau sup tu kurengg skitla.

Laki ai adalah peminat tegar singgang tulang ni. Dulu dia tak reti pun makan singgang. Yang dia tau cuma sup jer. Tapi sejak 4 tahun kahwin ngan orang kelantan ni, slowly dah jadi peminat singgang tulang.

Of courselah mama orang yang bertanggungjawab mengajar papa makan singgang tulang ni. Licin pinggan mak jemah makan. Tapi kali ni makan nasi tak bertambah. Save perut sebab pasni nak ke rumah depan plak....pun jemputan makan nasi. Gila betul......asyik makan jer....