Sunday, May 6, 2012

Wai Wai Park

Selepas majlis birthday tu, kami bertolak balik. Masa balik tu, lalulah depan Jusco Rawang. Dah satu hal plak Hadif tergedik-gedik minta papa pusing masuk Jusco. Mula tu papa buat tak layan jer. Then dia dah start meraung cam histeria. Terpaksalah papa buat u-turn..huh penat tul nak melayan kerenah si Hadif ni.


Kalau ikutkan plan asal nak ke mydin sebab angah nak beli makanan kucing. So sekali harunglah menyinggah kat jusco. Tengah angah sibuk2 milih barang, si kembar ni bukan reti nak dok diam. Disebabkan kesian papa dok mengejar Hadif keliling Jusco, mama bawaklah diorang melepak kat Wai Wai Park yang disediakan kat dalam Jusco ni.

Inilah yang sikembar suka sangat datang sini..nak main segala macam kereta n motor yang ada kat sini. Pastu bayaran masuk sini takdelah mahal sangat..RM3 untuk 20 minit yang pertama dan RM1 untuk subsequent hour.

Hadif plak dapat main kereta, tapi muka ala-ala tak puas hati bila dia nampak ada budak main kereta polis. Tu tengah usha budak tu la.

Haaa..kenmain cerah mata dapat apa yang dia nak. Dahla nak naik kereta polis ni dia gi rebut ngan sorang budak tuh. Sib baik budak tuh merelakan (or paksa rela) menyerahkan kereta ni kat Hadif sebab Hadif dok berdiri kat sebelah budak tu tengah main sepanjang masa.

Budak baju putih ni lah dengan rela hati menyerahkan kereta polis ni kat Hadif. Sib baiklah ko ni kecik lagi Hadif. Kalau tak mau budak tu bantai ko nnt.

Dah dapat kereta polis dia buat hal plak. Asyik dok mengusha anak dara orang.

Dalam Wai Wai Park ni banyak lagi games yang lain. Tapi Rayyans tak minat. Dah namanya anak laki, kereta n motor jer la yang diorang dok belek. Tengah syok2 dok melayan Rayyans main, papa call cakap dia dah kat tempat parking. Huh..ntah apa apa papa ni...tinggalkan kami kat atas. Yang Rayyans plak kenmain susah mama nak bwk keluar. Meraung-raung tak nak keluar sebab tak puas main.

Inilah hasil rembatan papa kat jusco hari ni sementara mama dok meneman Rayyans main. Disebabkan mama suka pink, kipas pun papa pilih pink jugak.

No comments:

Post a Comment