Lunch mama masak guna bahan yang ada kat dapur jer. Nak tunggu papa bawa balik barang dapur takut lambat sangat. Karang bila Rayyans dah bangun susah plak mama nak masak. Mula-mula buat sup kaki ayam..jadilah daripada takde lauk kan...
Bahan - bahan :
10 batang kaki ayam - potong dua
1/2 batang carrot - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
3 ulas bawang putih - potong nipis
1 inch halia - potong nipis
Bawang goreng
Sup bunjut
2 cawan air
Cara - cara :
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan air dan kaki ayam. Biarkan merenih hingga kaki ayam lembut.
Masukkan sup bunjut, carrot dan garam. Biarkan mendidih seketika.
Last sekali, tutup api dan masukkan tomato.
Tabur bawang goreng bila dihidangkan.
No comments:
Post a Comment