Lepas dinner mama merajinkan diri membuat tart shell dengan bantuan papa. Malam ni angah ada untuk tengokkan Rayyans. So bolehla mama n papa berdating kat dapur. Resepi tart shell boleh refer kat SINI.
Bila tart shell tu dah sejuk, bermulalah operasi mengetart buah. Untuk filling tu mama guna cream cheese.
Bahan-bahan :
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh asen vanilla
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh asen vanilla
Cara - cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan adunan cream cheese ke dalam piping bag.
Picitkan adunan cream cheese ke dalam tart shell.
Susun buah ke atas cream cheese tadi. Buah apa pun takpe..ikut kesukaan masing-masing. Mama guna kiwi dan anggur.
Ni untuk bagi kat pengasuh Rayyans..nak balas pinggan tu sebab las week pengasuh ada bagi nasi ayam.
No comments:
Post a Comment