Friday, May 4, 2012

The Teapot Deli

After misi mencari birthday present untuk papa berjaya, haruslah kaki dihayun ke tempat yang selesa untuk membasahi tekak. Kononnya nak mencari air untuk melepas dahaga sahaja sebab sebelum keluar tadi dah siap2 lunch kat opis.

Kami bertiga ke The Teapot Deli yang terletak kat dalam SACC. Restoran ni berkonsepkan English Style, which is amat kena dengan minat mama. Decoration dia penuh dengan bunga-bungaan dan bertemakan kaler putih suci murni.

Disebabkan hari ni adalah hari jumaat, dimana waktu lunch hour adalah lebih panjang dari hari biasa, maka pengunjung kat restoran ni teramatlah ramai. Kami dapat seat yang kat luar jer...x dapat nak amik pic deco belah dalamnya camne.

Dapat melepak kat belah luar pun dah dikira ok..coz kat luar pun ada decoration bunga-bungaan. Memang sesuai untuk berdating dan bercintan cintun bagi pasangan yang dah kahwin yer..

Tujuan asal kononnya nk order drinks jer. Tapi bila dapat menu mulalah nafsu serakah menjalar keluar. Dari order air, terorder plak dessert sekali. Me order fresh orange, watermelon juice for Mama Jue n apple juice for wadi. Juices kat sini memang juice semata-mata. No additional sugar...mashammm orange juice tu. Harga semua RM7 per glass.

Cream caramel ataupun puding gula hangus. Yang ni pandai masak sendiri tapi sebab pemalas terpaksalah makan kat kedai...rege RM3.50. Tapi sayangnya rasa dia pahit skit. Gula tu terlebih hangus kot. Buat sendiri lagi sedap kot...hahahhaha...

Ini plak namanya small chicken pie. Rege RM1.20 seketul. Sedap inti ayamnya...pastu kulit luar tu crunchy.

Menu yang di order oleh wadi, cottage chicken pie. Rege RM15. Intinya sama dengan small chicken pie tapi topping atas tu guna kentang. Sedap gak bila dimakan panas-panas.

Mama jue plak order carrot soup with garlic bread. Regenya RM5 per set. Carrot soup tu sedap...cam rasa pumpkin pun ada. Lain kali kalau ada rezeki nak test another food plak. Tapi kena try masa perut tengah lapar..barulah rasa nikmat makanan tu.

No comments:

Post a Comment