Ada terbaca statement mengatakan menyambut hari ibu adalah haram. Tapi pada mama, selagi niat kita betul untuk meraikan ibu yang melahirkan kita itu tak salah. Sekadar meraikan kasih sayang kepada ibu yang melahir dan penat jerih membesarkan kita.
Inilah ibu yang melahirkan mama serta 5 lagi anak yang lain. Yang pasti ibu ini yang mama panggil mek tidak pernah mengeluh dalam membesarkan kami 6 beradik. Walaupun dulu hidup kami boleh dikategorikan agak susah tapi mek berjaya mendidik kami hingga masing2 berjaya mendapatkan ijazah. Inilah ibu yang menyediakan air solat hajat setiap kali anak-anak nak exam.
Kini, ibu ini juga yang menjaga anak-anak yang dah bertukar status menjadi ibu semasa dalam pantang. Makan minum pakai kami semuanya dijaga rapi. Terima kasih untuk mek sebab menjadi ibu yang sempurna untuk kami adik beradik. Jasamu takkan dapat ku balas sehingga ke akhir hayat.
Bila mama sendiri dah menjadi ibu kepada 2 orang putera, barulah tau macam mana peritnya mek nak membesarkan kami dulu dalam serba kekurangan. Syukur mama diberi peluang untuk memegang status sebagai seorang ibu. Bila dah jadi ibu ni, membuatkan kita lebih lebih lagi menghargai ibu kita dan faham macam mana susahnya seorang ibu nak mendidik anak.
Sempena sambutan hari ibu, mama nak mengucapkan selamat hari ibu untuk mek tersayang, untuk diri sendiri dan untuk semua ibu-ibu kat dunia ni. Sesungguhnya menjadi seorang ibu adalah perkara terindah dalam hidup ini.
No comments:
Post a Comment