Actually hari ni mama cuti sebab nak ajak papa celebrate kat restoran full house, sunway pyramid. Tapi pagi ni tukar plan, selesaikan urusan passport papa dulu. Selepas settled wat passport dah nak tengahari. Hmmm...papa pun dah malas nak drive ke sunway pyramid. So kami amik keputusan jalan-jalan kat alamanda jer.
Bila sampai alamanda, kaki terus mencari panggung wayang. Dah lama tak bercinema dengan papa. Tapi frust..hajat tak kesampaian sebab dalam cinema takde aircond. Nak suh mama n papa berbasahan sebab kepanasan kat dalam cinema tu...oh no..x sanggup gue...
Bila dah frust nak tengok wayang tak tercapai, haruslah cari tempat makan yang eksklusif untuk memujuk hati. Semalam kat opis mama ada terdengar budak2 opis dok bercakap pasal restoran garden kat alamanda ni. Tapi celah mana restoran tu pun mama tak tau. Mama called mama jue tanyakan tempatnya..tapi still buta huruf tak gak jumpa-jumpa tempat tu.
Last-last kami decide makan kat restoran Black Canyon jer...restoran ni terletak kat area food court. Disebabkan hari ni hari jumaat yang mana papa dengan jayanya monteng semayang jumaat, orang-orang yang makan kat sini memang ramai.
Black Canyon Coffee...A drink from paradise...available on earth...the moto...
Menunya ada pelbagai pilihan. Nasi, mee, masakan thai, western....hari ni kami berdua pilih menu western. Sesekali jadi minah salleh.
Untuk drinks, papa order black canyon ice coffee. Harganya RM 8.95. Coffee ni memang sedap..nyesal mama tak order air ni gak.
Mama plak order iced choc. Rasanya lemak berkrim..tapi tokleh lawan rasa ice coffee yang papa order tu. Harga ice choc ni RM 7.95.
Tu diaa...senyum lebar sebab air dia sedap. Huh....
Sabar menanti hidangan yang dipesan....sambil mencuri minum ice coffee papa...hahahha
Smoked salmon salad, harga RM 13.90. Sedap dimakan bila dicicah ngan white sauce tu. Sos tu rasa pedas-pedas skit walaupun nampak putih jer.
Chicken wing set 6 ketul, harganya RM 10.90. Rasanya sedap..boleh lawan ayam Pizza hut kot..hahaha..
Teriyaki chicken, RM 19.90. Sos teriyaki tu memang pekat sangat. Mama tak makan cicah sos pun. Ayam tu makan gitu2 jer pun dah sedap.
Ini chicken soup..satu set dengan chicken teriyaki tu.
Total harga penternakan lemak hari ni adalah RM72.60. Kalau perasan ada terselit kat situ charge untuk water..tu sebenarnya ais kosong 2 gelas..sampai 2 hengget dia charged..pastu ada service charge n gomen charge jugak...humm..kata nak makan kat kedai berkelas kan..bayor jer la...
Birthday papa yang tersandar kekenyangan....mikir apa aktiviti nak buat lepas makan ni...
No comments:
Post a Comment