Isnin lepas mama ada belikan kasut baru untuk Rayyans. Yelah..kata nak berjalan cuti-cuti malaysia kan..haruslah ada kasut baru. Lagipun Rayyans memang takde satu kasut pun sekarang. Sebab kaki diorang cepat sangat membesar dan mengembang. Semua kasut-kasut yang ada kat rumah tu dah tak muat. Kasut ni mama beli kat kedai Xes, kat giant shah alam. Murah jer harganya...belas2 ringgit jer kot..ada 50% sale.
Anak-anak ni, bila dapat something yang baru memang diorang excited sangat. Setiap hari balik kerja, minta dipakaikan kasut baru. Pastu pepandai menyandar kat dinding, berpelukan, pastu suh mama amik gambar. Cerdik betul. Kalau perasan, kasut diorang ni tak sama kaler. Sejak dah cerdik ni, dah pandai nak pilih sendiri. Dah takmo pilih yang sama kaler.
Hadif pilih kaler hijau oren..kalau buka pun bila nak pakai balik memang dia akan amik kasut ni. Kiranya diorang dah tau la mana satu kasut diorang. Kalau tak, sebelum ni mama main pakaikan jer mana-mana kasut kat kaki diorang. Dah kata semua benda sama, haruslah tak tahu sapa punya mana satu.
Hazim plak pilih kaler hitam merah..memang striking bila dok kat kaki. Tak kisahlah, janji diorang suka dengan pilihan sendiri. Hehehe..tak sabar rasanya nak bawa anak-anak bercuti. Pasti diorang seronok sangat sebab dah lama tak gi jalan-jalan.
No comments:
Post a Comment