Selepas selesai meneman Rayyan breakfast, mama bersiap sedia untuk menyambung kerja-kerja membuat cheese tart. Kena buat cepat-cepat sebab kul 12 tengah hari kami dah nak keluar. Harap-harap tetamu kat birthday party tu nanti suka makan strawberry cheese tart yang mama buat ni.
Resepi cheese tart ni mama refer kat Dapur Azita Zain dan juga Naz Oven Kecil.
Bahan-bahan :
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon
Cara-cara :
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon
Cara-cara :
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filing, lebih sedap!
Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna. Kacau rata-rata hingga mendapat warna yang diinginkan.
Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis-garis kecil di bahagian tepi. Bilangan garis-garis kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik). Kemudian dengan menggunakan bahagian tajam lidi, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut. (mama buat x cantik sangat..tangan tak berseni)
Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Tips untuk mendapatkan cistat yang gebu dan montok (mengikut pengalaman Kak Azita Zain :
Jangan simpan cream cheese di tempat sejuk beku (freezer).
Keluarkan cream cheese 30 - 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
Picitkan adunan hingga penuh (sampai ke bahagian sisi crust).
No comments:
Post a Comment