Tuesday, May 1, 2012

Bengkel Basikal

Selepas breakfast, papa menyelinap keluar gi potong rambut. Tinggallah mama sorang-sorang kat rumah melayan Rayyans. Nak mengemas rumah takde mood. Memang malas gila tahap gaban. Mama duduk jer atas kerusi memerhatikan budak berdua tu main.

Inilah kerja mamat berdua ni..habis dipunggahnya basikal..pastu diterbalikkan. Konon-kononnya basikal diorang rosak.

Hadif tu tengah berlakon jadi pomen merepair basikal. Mula-mula eloklah main berdua pastu bercekau. Last-last dua-dua kena tarik masuk bilik. Mama paksa tidur..huahuahaua..tu la sapa suruh korang bergaduh. Pas tidurkan Rayyans, mama cepat-cepat masuk dapur siapkan makanan tengah hari.

No comments:

Post a Comment