Hari ni sambut birthday lagi..tak habis-habis lagi celebration. Kali ni sambut secara 3 serangkai. Mama, papa n uncle wadi..sebab birthday kitorang jatuh dalam bulan mei.
Hari ni sambut kat restoran SaTeori Mexican Grill yang terletak kat Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam.
Sempena birthday kami bertiga, mama jue siap buatkan kek birthday special untuk kami. Nama kek ni adalah 'Devil Choc Cake'. Kenapa devil? sebabnya dia penuh dengan lemak berkrim yang membuatkan syaitonirrojim menghasut-hasut kat telinga suh makan banyak-banyak. hahaha...
Birthday mama n papa....Sebelum kek ni dipotong, haruslah bergambar sampai lebam dulu.
Ni plak birthday ayah n wifey yang enterprame. Thank you jue for the sweet n delicious cake tu.
Sesi berfoto sampai lebam tak habis. Semua nak bergambo ngan kek ni. Sekali setaun jer pon sambut birthday..haruslah beria.
Sambil bergambar tu masing-masing jelinglah menu nak order makan. Karang termuntah makan kek sesaja.
Hidangan utama kat sini sudah tentulah western food. Tapi ada gak menu nasi2 serta tomyam. Tadi nampak ada orang order tomyam. Cam sedapp jer. Lain kali bolehlah try makan tomyam plak.
Sementara tunggu makanan sampai, kami pun bergedix-gedixlah potong kek. Hambik ko pisau sorang satu. Gila kuasa tul. Kata makan kat restoran western, haruslah ada pisau berbilah-bilah. Sib baik diorang tak charge extra charges untuk pisau ni. Hahaha.
Tu dia kek berlapis-lapis dengan cream cheese. Pastu coklat tu meleleh-leleh. Aduihhh..tak tahan gua. Berkilo-kilo tambah lemak hari ni.
Tengah syok melantak kek, ngam-ngam air sampai. Jue n wadi order orange juice yang berharga RM 3.50. Papa plak order apple asam boi yang berharga RM 4.20.
Mama n kak hanim order cappucino ice blended. Perghh..dahla makan kek yang lemak berkrim, pi order plak air yang tambah lemak n krim. Harga ice blended ni RM 6.80.
Papa order mexican steak grill yang berharga RM 18.90. Sedap..daging tu lembut jer. Kot sesapa pakai gigi palsu tambah dengan polident, makan steak ni sure gigi tak tercabut.
Mama plak order mexican chicken grill yang berharga RM 12.90. Sos lada hitam walaupun pekat, penuh dengan lada hitam tapi tak terasa pahit.
Kak Hanim pun order mexican chicken grill gak cuma beza side dishnya sahaja. Side dish boleh pilih 3 out of 5, samada coleslaw, mashed potatoes, mixed salad, fries and baked beans.
Mama jue order double chicken chop. Ayamnya sama jer ngan mexican chicken grill tu cuma bezanya yang ni ayamnya dua ketul. Pastu pilihan side dish pun sama gak seperti kat atas. Harga set ni RM 17.80.
Wadi order mexican chevon grill yang berharga RM 17.80. Set ni side dish dia ada beza sikit. Still kena pilih 3 out of 5, tp side dishnya adalah corn salsa, refried beans, mixed salads, fries dan nachos.
Alhamdulillah...cita-cita nak makan kat mexican grill akhirnya tercapai. Puas makan sebab sedap..kena dengan citarasa mama.
Lepas makan amik peluang bergambar gedik mesra kat depan restoran ni. Suasananya redup dan berangin..syok sangat. Kalaulah dapat tido....
Alhamdulillah...cita-cita nak makan kat mexican grill akhirnya tercapai. Puas makan sebab sedap..kena dengan citarasa mama.
Lepas makan amik peluang bergambar gedik mesra kat depan restoran ni. Suasananya redup dan berangin..syok sangat. Kalaulah dapat tido....
No comments:
Post a Comment