Saturday, May 12, 2012

Garden Alamanda

Lepas setel passport Rayyans dah tengahari. Ngam-ngam time lunch. Dahla pagi tadi tak sempat breakfast. Memang berkeriuk perut dibuatnya. Bila papa tanya mama nak makan mana...sepantas kilat jawab alamanda.

Sebabnya..nak makan kat garden cafe. Semalam takde jodoh nak makan sini, so harini mama angkut semua sekali datang makan.

Mama suka sangat decoration kat garden yang bertemakan English Style...memang idaman kalbu lah. Di setiap ceruk ada diletakkan bunga-bungaan. Walaupun hanya bunga plastik tapi sweeeettttt sangat. Cam dreamlandddd...

Mama pilih meja yang ada buaian. Cam best plak makan sambil berbuai kan. Terasa macam duduk dalam cerita fairytale jer. Dahla dikelilingi bunga-bungaan..pastu ada plak buaian yang dihiasi dengan bunga gak. Ohhh i love it...

Senyum lebar papa membelek menu. Hari-hari makan western food. Thanks papa sebab gigih nak memenuhi hajat si isteri.

Si kecik ni pun sibuk gak dok membelek menu. Dok tunjuk apa yang diorang nak. Yang pasti tau sebut mimo' jer.

Tengoklah tu kenmain beria nak menjengah menu angah. Orang sibuk pilih menu, dia pun sibuk gak nak mengacau.

Kat sini ada disediakan peralatan sudu garpu plastik untuk budak-budak. Xdelah diorang dok berebut sudu garpu besi ngan mama. Hazim dapat set kaler orange...matching dengan baju.

Hadif plak dapat kaler biru. Seronok betul diorang bila dapat makan sendiri. Kalau tak mama memang tak bagi pegang sudu garpu yang besi tu. Takut tercucuk.

Sementara tunggu food sampai, sempatlah berpose gedix-gedix kat atas buai ni. Redha jer papa layan keranah si binik.

Tapi binik ada gak amikkan gambar lagi. Tu siap tangan tunjuk best lagi. Entah apa la yang best sangat tuh.

Tak lama tunggu our drinks pun sampai. Tiga2 order ice lemon tea. Sebab kehausan dek kerana cuaca yang panas hari ni. Gelas hijau tu untuk Rayyans..orange juice. Harga ice lemon tea RM5.90 sejug (minum dalam jug ko..kalau kt kg dlu2 mampuih kena bambu ngn mak nenek minum x sopan).

Mama order kids menu satu set untuk Rayyans. Kids menu ni ada Mashed potato + sosej + orange juice tadi. Harganya RM 10.90.

Sosej ayam. Rayyans tak makan pun. Last-last mama gak yang jadi tukang perabih.

Pastu mama order gak sepinggan nasi lemak kosong untuk Rayyans. Nasi lemak ni memang sedap...manis. Makan gitu tanpa sambal n lauk pun dah sedap. Patutlah Rayyans makan tak benti. Harga nasi lemak ni RM 3.50.

Ni makanan papa, grilled baramundi. Harga RM 18.90. 

Mama plak order chicken garden black pepper. Harganya pun RM 18.90. 

Angah punya spaghetti carbonara. Spaghetti ni portion dia besar. Kalau sesapa yang makan sikit boleh la share berdua.

Lepas makan si Rayyans dah tak reti nak dok diam. Penat melayan diorang dok main buai.

Hadif seronok sangat dok dalam buai gantung ni. Sampai takmo turun. 

Sebelum balik haruslah tuan tanah berfoto sakan dulu.

Total bill..kalau dah makan kat tempat yang eksklusif haruslah ada service charge plus gomen tax sekali..hmmm...

No comments:

Post a Comment