Saturday, March 31, 2012

Sup Tulang Berempah

Percubaan pertama masak sup tulang menggunakan serbuk rempah sup. Alaa...caranya sama macam mama masak Sup Ayam Berempah tempoh hari.
 
Bahan - bahan :
1/2 kilo tulang lembu - rebus sehingga lembut terlebih dahulu
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1/2 inci halia * (bahan bertanda * blender halus)
1 sudu besar rempah sup - bancuh dengan sedikit air
Brokoli
Bunga kubis
10 batang baby carrot
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
Air secukupnya
Garam
Daun sup/bawang
sedikit minyak untuk menumis

Cara - cara :
Panaskan 1 sudu besar minyak dalam periuk dan masukkan rempah tumis kacau sekejap, kemudian masukkan bahan yang diblender dan kacau lagi hingga naik bau.

Masukkan air dan tulang tadi. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan carrot serta kiub ayam berserta rempah sup dan rempah kurma. Kacau sekejap dan tutup periuk.

Setelah tulang empuk, masukkan brokoli, bunga kubis dan garam. Kacau sebentar dan perasakan jika sedang elok boleh matikan api dan angkat.

Sedia untuk dihidang bersama nasi ayam mama.

No comments:

Post a Comment