Selepas kekenyangan mengisi perut kat Mr Steak House, kami merayau ke One Baby World untuk membakar lemak-lemak yang dikumpul tadi. Tujuan asal cuma nak meneman aunty tasya beli breastmilk storage. Tapi kalau dah nama perempuan yang ada anak, kalau gi kedai barangan baby tak sah kalau tak terjebak sama.
Sempatlah mama grab 2 buah buku untuk Rayyans yang berharga RM21.90 setiap satu. Mama beli buku yang sama jer..kalau berbeza nanti pening kepala tengok diorang berebut. Pastu buku ni diperbuat dari kain..selamatlah sikit. Kalau dari kertas jadi bahan gigitan diorang plak nanti. Harap-harap Rayyans rajinlah baca buku ni yer.
No comments:
Post a Comment