Masak nasi ayam ni sempena nak menyambut (mcm nak nyambut menteri jer) aunty selly yang nak melawat Rayyans. Ye la kawan sesekali nak datang rumah kita, masaklah special skit. Tapi dah memang takde rezeki nak jumpa aunty selly hari ni. Tengahari mama dapat call aunty selly cannot make it sebab anak sedaranya meninggal. Innalillah..takziah untuk aunty selly sekeluarga. Nasi ayam ni sudahnya untuk jamu tekak sendiri jer la.
Nasi ayam ni berlaukkan ayam bakar madu, sup tulang, salad, tomato, timun beserta terselit masak lemak pucuk geti permintaan papa yang mengidam. Yang bestnya nasi ayam ni takde sambal dan kicapnya coz mama malas nak masak. Penggantinya adalah BUDU. Kelass ko mek makan nasi ayam ngan budu...tak pernah-pernah orang buat. Ada aku kesah??
Bahan - bahan :
2 pot beras
4 cawan air rebusan ayam
3 batang serai - diketuk
1 inch halia - dipotong halus
3 biji cengkih
sedikit garam
Cara - cara :
Basuh beras dan toskan.
Panaskan stok ayam dan serai dalam rice cooker dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih masukkan beras, cengkih dan garam. Gaulkan sebati.
Masak sehingga beras bertukar menjadi nasi yer...jangan biar bertukar jadi bubur plak.
*Resepi sup tulang dan ayam bakar madu di next N3
No comments:
Post a Comment