Tuesday, March 27, 2012

Lunch @ Mr Steak House

Lunch tadi gegirls yang dah jadi mak-mak orang ni berjimba kat Mr Steak House. Hari ni tekak macam mengidam western food plak. Pastu ada plak yang murah hati nak membawa kitorang ke sana. Siap jadi mem besar lagi...dok belakang ada driver. Yang bestnya dapat naik kereta baru Aunty Tasya. Thanks yer..lain kali jangan serik nak bawa mama keluar makan lagi ye.

Mr Steak House ni terletak kat Laman Seri Bussiness Centre, Seksyen 13. First time mencuba makanan kat sini gara-gara terpengaruh dengan promosi dari Mama Jue.

Macam-macam menu ada kat sini. Pilih jer ikut selera tekak masing-masing. Yang penting harganya berpatutan. Xdelah mahal sangat. Kalau kata nak gi makan 3,4 kali dalam sebulan tu boleh lagi la.

Decoration restoran ni pun boleh tahan menarik gak..ala-ala cowboy town gitu. Gambar kat atas ni area pintu masuk. Dinding dihiasi dengan gambar-gambar cowboy.

Ini plak kaunter pembayaran. Decoration restoran ni menggunakan kayu sepenuhnya. Rasa macam dok kat kampung-kampung jer.

Sementara tunggu order kami sampai, aktiviti untuk mengisi masa lapang adalah mengambil foto sendiri.

Alhamdulillah, bila tengok gambar ni rasa syukur sangat2. Mama sudah mampu senyum dengan sempurna. Thank you Allah.

Finally our ordered came...mama with grilled chicken..RM10.90 with ice lemon tea.

Aunty tasya ordered chicken golden bleu at price RM10.90 with barli ice...


And lastly mama jue with roasted chicken. We enjoyed the food very much...soo nice kan dapat menambahkan lemak-lemak di badan.

No comments:

Post a Comment