Hand, foot and mouth desease (HFMD) dah jadi satu topik hangat sekarang ni. Sebelum ni mama tak pernah ambil pusing pasal penyakit ni. Tapi bila dah terkena kat anak-anak sendiri barulah terkapai-kapai mencari info.
Selepas balik kampung masa cuti sekolah tempoh hari, Hazim start demam dan tak mahu makan atau minum. Asyik merengek jer. Bila mama check dalam mulut nampak bintik-bintik merah. Then kami bawa Hazim ke klinik. Doc inform Hazim kena ulser then bagi ubat untuk sapu kat dalam mulut. But Hazim still tak mau makan n minum. Papa memang suap air ke mulut Hazim secara paksa.
Esoknya, pengasuh call cakap Hazim n Hadif dua2 merengek. Pastu ada bintik-bintik air kat tangan n kaki diorang. So mama n papa amik half day balik tengok diorang then bawa ke klinik. Kali ni kami bawa ke klinik lain pulak. Then doc ckp itu simptom HFMD. Doc terus refer kes diorang ke hospital sg buloh n kementerian kesihatan.
Bila kami ke sg buloh, doc sahkan Rayyans kena HFMD. The best part doc ckp penyakit ni takde ubat cuma kena minum banyak air. Celah mana la nk minum banyak air..sah2 la mulut diorang sakit. Memang susah la nk menelan apa2 even setitik air sekalipun.
Then doc bagi pilihan, nak stay kat ward or nak balik rumah. Kalau balik rumah mama n papa kena pastikan bagi Rayyan minum every hour. Kalau diorang dehydration, kena warded untuk masuk air. Mama memang susah hati kalau bab2 kena warded ni. Tak termampu mama nak menjaga dua orang kat ward. Kalau kat rumah at least papa ada untuk tengokkan sekali. Kalau warded cuma mak jer yang dibenarkan jaga anak kat dalam ward.
So we decide bawa Rayyan balik umah. Hari2 paksa diorang minum air, susu dan bagi bubur nasi yang diblend halus. Kesian sangat tengok diorang bila kelaparan. Perut lapar tapi tak nak makan sebab fobia bila menelan sakit. Tidur malam pun asyik terjaga. Every stgh jam diorang akan bangun merengek. Memang dugaan betul tahun ni. Lepas satu-satu penyakit yang datang.
Alhamdulillah, diorang sakit tak lama. After 5 hari, rayyans dah minta susu. Tapi cuma susu jer yang diorang berani telan. Syukur sangat sekurang-kurangnya ada benda yg masuk kat perut diorang. Taksdelah diorang menangis sebab sakit n lapar sekali. Dahla Hadif jenis kuat makan, bila sakit ni memang cengkung muka jadinya. Tidur malam pun pegang plastik makanan. Nak makan takut sakit mulut, jd dia pegang jer plastik tu masa tidur. Sedih sangat tengok diorang terseksa.
Orang dari kementerian kesihatan pun ada call papa untuk investigate. Macam-macam soalan ditanya. Kami dinasihatkan untuk elakkan diri berada di tempat2 awam, terbuka dan crowded. Pastu kena jaga kebersihan diri, rumah dan persekitaran. Harap-harap wabak ni tak berpanjangan.
No comments:
Post a Comment