Semasa memblogwalking, ternampaklah Sup Ayam Berempah ni dari dapur CT. Sebelum ni mama tak pernah masak sup pakai serbuk ni. Selalunya pakai sup bunjut tu jer. Rasanya memang sedaplah..memang boleh diulang tayang.
Bahan - bahan :
1 ekor ayam ayam - potong kecil (mama buat sepotong ayam bahagian dada jer)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1/2 inci halia *
Sedikit kunyit hidup * - ni pakai kunyit serbuk
1 sudu kecil lada hitam biji *
1 sudu kecil jintan halus * (bahan bertanda * blender halus)
1 sudu besar rempah sup - bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar rempah kurma - dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati ayam knorr
3 biji kentang - potong baji (tak letak, ganti ngan brokoli)
2 batang carrot - potong baji
1 batang daun salary - potong kecil (tak letak)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 buah pelaga
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa jika suka
Daun sup/bawang
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara :
Ayam dibersihkan dan tos airnya.
Panaskan 1 sudu besar minyak dalam periuk dan masukkan rempah tumis kacau sekejap, kemudian masukkan bahan yang diblender dan kacau lagi hingga naik bau.
Masukkan air dan ayam tadi. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan kentang dan carrot serta kiub ayam berserta rempah sup dan rempah kurma. Kacau sekejap dan tutup periuk.
Setelah ayam kentang dan carrot empuk, masukkan daun salary, garam dan sedikit serbuk perasa jika suka. Kacau sebentar dan perasakan jika sedang elok boleh matikan api dan angkat.
Sedia untuk dihidang bersama nasi putih atau boleh juga dimakan bersama menu pilihan.
Mama makan sup ni cicah dengan french loaf yang dibakar terlebih dulu.
No comments:
Post a Comment