Lama sungguh tak update blog...takde mood nak update sejak badan tak berapa sihat ni. 3 minggu lepas (21/01/2012) tiba-tiba mama dapat penyakit Bell's Palsy. Kalau istilah kampung orang sebut strok. Mama kena tang muka jer. Masa tu on da way nak balik kelantan untuk bercuti sempena raya cina. Mama actually tak sedar bila mama kena sakit ni. Apa yang mama perasan, bila mama minum air macam nak tertumpah. Pastu masa benti breakfast kat RnR Temerloh, nasi lemak yang mama makan macam takde rasa. Pastu muka n lidah rasa macam kebas jer.
Masa ni kat karak, jalan tengah jem. Jadi mama saja suka-suka pose ngan Rayyans. Masa ni tak perasan pun muka dan senyum dah berubah. Bila senyum mulut tak terjungkit sebelah jer. Bila dah donwload gambar ni barulah nampak time ni mama dah kena strok. So mama buat kesimpulan, maybe mama dapat masa tengah tidur malam tadi. The best part is, papa pun tak perasan mulut mama senget bila bercakap.
Obviouskan gambar ni...senyum sebelah jer. Mata belah kanan pun tak boleh berkelip. Perjalanan balik kelantan makan masa 10 jam. Bayangkan dalam 10 jam tu papa tak perasan pun perubahan kat muka mama. Bila sampai kat kampung, mek orang pertama berjaya mengesan perubahan mama. Memang menggelabah bila nampak anak dia kena strok. Terus dibawa mama ke klinik untuk check. Doktor cakap sakit mama ni bukan strok, tapi bell's palsy. Kegagalan saraf kat pipi. Selalunya orang yang ada high blood pressure berkemungkinan tinggi untuk dapat strok ni..tp masa tu BP mama adalah normal. Check kencing manis pun clear. Cuma kolestrol jer tak check...tak terfikir nak check plus doktor pun tak suggest untuk mama check kolestrol.
Inilah rutin mama, 2 kali sehari selama 2 minggu. Kat mana ada tukang urut, ke situlah mek bawa mama berurut. Masa ni tanggungjawab terhadap anak-anak dan papa memang terabai. Bila Allah nak datangkan penyakit pada kita, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin ni dugaan Allah untuk mama supaya tidak lupa padaNya. Apa yang mama mampu buat cuma berikhtiar dan bertawakal semoga mama sembuh dari penyakit ni. Sejak seminggu yang lepas, mama memulakan terapi Al-Jabbar. Setakat ni dah nampak progress sikit, pipi mama dah boleh digerakkan. InsyaAllah mama akan kuatkan hati, berkorban masa untuk meneruskan terapi ini sehingga kesihatan mama betul-betul pulih.
No comments:
Post a Comment