Hari ni kami satu ofis meraikan birthday girl, Kak Hanim. Seperti biasa, majlis kami ditaja sepenuhnya oleh Mr B. Jamuan makan hari ni bukan sahaja untuk meraikan kak hanim tapi merangkap juga meeting tahunan ofis kami. Disebabkan bos-bos dan staf semuanya bizi, annual meeting yang sepatutnya diadakan pada bulan januari dipostpone hingga akhir mac. Fuhhh....projek juta jutan sebab tu la masing-masing bizi memanjang. Sib baiklah bulan ni birthday kak hanim dapatlah diadakan meeting sekali. Kalau tak entah bila la kami semua nak bermeeting'an.
Mr B sempatlah menyampaikan amanat2 untuk kami semua. Ada yang seronok didengar..ada juga yang tak berapa seronok. Yang seronoknya of course la aktiviti tahunan kami iaitu family day. Tahun ni tak merancang lagi nak kemana..tapi proposal akan dimajukan kepada Mr B secepat mungkin. Mr B juga mencadangkan agar aktiviti makan-makan seperti hari ni diadakan setiap bulan or semasa staff's birthday..ohh itu bisa diatur asalkan ongkosnya Mr B keluarkan..
Yang tak seronoknya bila Mr B mentioned tahun ni company masih belum ada projek baru. Company just maintain projek2 dari tahun lepas...seterusnya Mr B menyarankan agar kami2 semua berbelanja dengan duit company secara berhemah. Ohhh..apakah ini hint Mr B yang tahun ni takde increment? or bonus berkurangan? Apa-apapun sama-samalah kita berdoa agar company terus maju untuk kebaikan kita semua.
Selepas ucapan ringkas Mr B, barulah majlis makan-makan dimulakan dengan birthday girl memotong kek...special cake from secret recipe. Lupa nama apa kek ni tapi kat dalamnya berperisa strawberry. Sedap gak coz kek yang manis dibalancekan dengan rasa strawberry yang masam.
Menu utama lunch kami adalah nasi bukhara briyani ayam dari restoran Syed, seksyen 11. AJK makanan kali ni terdiri dari mama jue n aunty tasha.
Rasa nasi bukhara memang mabeles dan kuantitinya pun banyak. Memang amat2 mengenyangkan. Especially makan time perut kelaparan. Memang menjilat jari.
Semasa masing-masing khusyuk menjamu selera, tetiba Mr B keluarkan souvenier dari Mekah untuk kitorang. Yang pertama, sejadah kecil ni sorang satu...(Mr B saya nak dua sebab anak saya kembar..nanti berebut).
Dan yang kedua, keychain ini..pun dari Mekah. Punyalah dia amik masa yang lama untuk bagi souvenier kat kami. Bayangkan dia gi haji bulan 11 last year, bulan 3 this year baru dia ada kelapangan nak hadiahkan untuk kami.
Walau apapun, thanks Mr B untuk souveniers tu semua. Semoga tahun ni kita semua dilimpahi dengan rezeki yang halal dan melimpah ruah. Aminnnnnnnnn.