Saturday, November 12, 2011

Bubur Jagung

Hari ni dari jam 10 pagi hingga 3 petang mama masuk opis untuk siapkan kerja sebelum hadir meeting pagi isnin nanti. Jadi hari ni kami sekeluarga breakfast dan lunch kat luar jer. Mama sedikit kebizian, tak dapat meluangkan masa untuk masak meals buat family tercinta. 

Sian papa dan Rayyans kena makan nasi kat kedai mamak jer. Jadi, petang ni mama merajinkan diri masak bubur jagung buat anak-anak kesayangan. Alang-alang dah ada jagung yang mama beli kat cameron last week, yang langsung tak berusik. 

Inilah menu petang kami hari ni....bubur jagung.

Friday, November 11, 2011

Chilled Oreo Cheesecake

Masa gi cameron hari tu mama ada beli stok buah strawberry. Plan mama untuk masak cheesecake. So hari ni ada masa terluang, mama memulakan aktiviti main masak - masak. Resepi Chilled Oreo Cheesecake ni mama dapat dari MS ITA. Resepi Oreo Cheesecake ni banyak version sebenarnya. Tapi bagi mama resepi dari Ita ni lebih senang.



Bahan - bahan : 
1 bungkus biskut orea (mama pakai 2 cawan biskut oreo yang hancur)
50grm butter
250grm cream cheese 
150grm gula castor
200ml whipping cream
1 sudu besar lemon juice (@ 2 sudu besar jika suka lebih rasa lemon)
1 1/2 sudu besar gelatin * (mama pakai 1 sudu sahaja)
1/2 cawan air panas* 


Cara - cara :



Untuk bahagian dasarnya, kisar halus biskut oreo (yg tlh dibuang creamnya). Panas/cairkan butter dan gaulkan rata biskut oreo. Padatkan di bahagian dasar loyang, tekan dan sejukkan sementara dalam freezer (saya guna loyang bersaiz 7 'inci lebar dan boleh dibuka bahagian bawahnya).


Gelatin di campurkan ke dlm air panas, kacau hingga larut dan ketepikan.


Pukul cream cheese dan gula castor hingga gebu.


Masukkan lemon juice dan whipping cream, pukul lagi hingga berkrim. Masukkan air yang mengandungi gelatin, pukul hingga sebati, masukkan ke dlm loyang tadi. 


Patah2kan @ kisar halus baki biskut yang tinggal masukkan ke dalam loyang (tak buat). Baki biskut yang telah dikisar tadi boleh juga ditaburkan di bahagian atas kek, selepas 2 jam dimasukkan di dlm peti sejuk. Masukkan kedalam peti sejuk (bukan freezer) selama sekurang-kurangnya 4 jam

Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang dan hias ikut kesukaan masing-masing.



Kemudian potonglah dengan pisau yg telah dicelupkan dgn air suam.



Iklan..tengah mama sibuk sesi fotografi, tetiba ada tangan muncul dan terus kidnap strawberry atas cheesecake ni...

Passport Oh Passport

Semalam 1st day masuk kerja, petang baru dapat info kena outstation ke sarawak pada hari rabu depan (16-18 hb). Site visit kali ni ke Limbang dan Lawas, yang mana perlu melalui sempadan Brunei. Dan sudah tentulah memerlukan passport. Mama dah sah-sah la tak pernah ada passport sebelum ni. 

Plan asal nak buat passport sabtu ni, tapi papa plak kena jemput ayein dari sekolah. Pagi ni plak mama ada site meeting, tengahari baru habis. Memikirkan masa dah suntuk, after meeting terus gi imegresen kat PKNS untuk buat passport.

Nasib baik mama dah siap-siap isi borang permohonan yang didonlod kat internet oleh nurul eldiani yang baik hati. Gambar passport tak sempat nak ambil. Ikut kata member-member kat imegresen tu ada tempat nak amik gambar. Oklah...mama dengan senang hati terus ke pejabat imegresen kat tingkat dua.

Bila sampai kat imegresen, teruslah bertanya kat abang macho jaga kaunter nak amik gambar passport. 'sini takde dik...mesin rosak. adik kena amik gmbr kat luar'.....aduhaiii....menapaklah turun balik cari kedai gambar. Nasib baiklah kat sini ada servis express..5 minit dah siap gambar tu.

Pastu mama naik balik ke tingkat dua then barulah dapat amik no giliran. Harini memang nasib baik, tak perlu tunggu lama. Ada 8 orang jer kat depan mama. At first dah senang hati sebab giliran mama dah dekat tapi rupa-rupanya kena tunggu sejam setengah baru dapat collect passport. Melanguk lah mama kat PKNS tu sorang-sorang. Nak balik ofis rasa alang-alang plak..malas nak pergi balik ke PKNS. Walhal kerja berlambak tak settle lagi. Kul 4.30 petang barulah passport mama berjaya disiapkan. Settle satu urusan. Yang best, my passport bertarikh 11.11.11 (nak juga tu tarikh special)..

Pagi isnin plak ada meeting kat putrajaya. Nak kena siapkan presentation. Harini dah sehari burn tak dapat nak concentrate buat presentation. Nampak gaya terpaksalah merajinkan diri buat homework malam ni. Si Rayyans plak kenmain susah nak tidur malam ni. Dah lewat malam baru lah diorang nak tidur. Mama pun time tu dah mengantuk sangat2. Huh..homework ntah kemana semuanya. 

Nak tak nak, esok pagi kena gak masuk opis untuk siapkan report dan presentation. Takpelah..sesekali korbankan hari sabtu untuk kerja. Bukan selalu ponnn....

Wednesday, November 9, 2011

Cameron Highlands

Perjalanan dari gua musang ke cameron highlands makan masa 2 jam. Masa mula-mula sampai, Rayyans tengah tidur. Jadi mama amik peluang shopping sayur mayur dan strawberry. Kalau ngan Rayyans payahlak mama nak memilih-milih nanti.

Sementara mama dok shopping, papa plak kena jaga Rayyans kat kereta. Lena plak Rayyans tidur. Maybe sebab cuaca sejuk kot.

Disebabkan hari ni hari rabu dan bukan cuti umum, cameron highlands ni lengang jer...terasa macam ana yang punyaaaa sorang jer. hehehhe....dapat shopping dengan tenang..boleh amik masa belek-belek..tenung-tenung..

Yang pasti mama memang gila tengok strawberry yang merah meranum ni. Sekarang ni plak mama memang tengah gila buat cheesecake, so peluanglah mama borong strawberry yang segar bugar ni..geram tol tengok...

Bila Rayyans dah sedar, mama bagi peluang kat diorang jalan-jalan menikmati udara segar cameron. Kenmain sengeh lagi anak mama ni. Lagipun jalan tak sibuk sangat harini. Orang pun tak ramai. Rasa selamat sikit kalau bagi diorang jalan sendiri. 

Sebelum balik. kami sempat mengabadikan gambar sekeluarga. Minta tolong brother jual pisang goreng tu amik gambar weolsz.

Rayyans sempat cukai papa belikan kincir angin ni. Tapi kejap jer la benda tu elok. Tak lama habis patah riuk bendalah tu.

Ni lah strawberry yang mama borong

Sayur - sayuran 8 peket RM 10

Jagung madu

Perjalanan balik kami ikut jalan bengkang bengkok yang menyebabkan Hazim dan Hadif termuntah...pening sebab jalan bengkang bengkok. Sian anak mama. Takpe, lenkali kita ikut simpang pulai jer...

Goa Inn, Gua Musang

Selepas maghrib kami bertolak balik ke shah alam..dalam hati dok berdoa semoga jalan clear. Hari ni dah raya ketiga, harap-harap orang lain semua dah balik awal-awal lagi. Dari pasir puteh memang jalan clear..tp bila masuk machang hancusss harapan. Sepanjang perjalanan dari machang ke gua musang jem teruk. Selalunya dari pasir puteh ke gua musang amik masa 3 jam jer, tapi hari ni sampai 5 jam.

Bila sampai kat gua musang papa tetiba rasa mengantuk sangat dan tak boleh nak drive. So kami decide untuk bermalam kat gua musang jer. Risau gak kalau drive time-time mengantuk ni. Kami walk in ke goa inn..sib baik ada bilik kosong lagi. Bilik sempit jer tapi padanlah dengan harga RM75 sehari.

Hadif seperti biasa fobia dengan tempat yang dia tak biasa. Menangis-nangis tak nak masuk bilik. Jenuh jugaklah mama nak pujuk..tp at last ok gak.

Dalam perjalanan tadi, Rayyans tidur jer sepanjang jalan. Jadi bila kami check in, terus mata diorang segar balik. Satu hal plak nak tidurkan diorang.

At last, tumbang juga hero-hero mama ni. Penat sangat kot travel jauh-jauh. Masa Rayyans tidur, tetiba papa suggest esok nak balik ikut cameron highlands...nk singgah kat sana amik angin sejuk. Mama on jer bab-bab berjalan ni..suka jer....tidur dengan senyuman malam ni...

Esoknya pagi2 papa dah kejutkan kami anak beranak bangun. Papa nak gerak awal ke cameron coz takut Rayyans meragam bila panas. Satu yang mama bangga ngan Rayyans ni, diorang senang sangat bangun pagi. After bangun, terus minta dimandikan dan terus bersiap.

My two heroes dah bersiap sedia untuk jalan-jalan cuci mata...adushh..muka dh hensem tapi puting tu plak spoil..

Haaaa..sekarang baru macho takde puting..barulah anak jantan...psttt..kejap jer tu..pas mama snap foto terus mintak puting balik. Lepas bergambar barang 4,5 keping, maka beransurlah kami ke cameron ikut lojing. 

Tuesday, November 8, 2011

Kastad Labu

Kali ni balik kampung boleh kata setiap hari jumpa menu berasaskan labu..dah gian sangat la katakan. Kat kl nung payah sangat nak jumpa labu. Balik kali ni kena plak ngan musim labu, so semua resepi yang melibatkan labu mama try masak. Lagi satu, sebab papa suka sangat makan labu...apa apa la labu...


Masa jalan-jalan kat SMALL KITCHEN MILIK HAZILA, ternampak resepi kastad labu ni. Then mama teringat, tahun 2007 mama pernah makan sekali kastad labu ni kat langkawi. Tapi masa tu ilmu masak memasak tipis sangat, jadi tak tau apa nama masakan tu. Sekarang ni bila tengok gambar, baru lah teringat memori makan kastad labu kat langkawi dulu. Minta izin Ms Hazila mama kongsikan resepi menarik ni kat sini pula ya.



Bahan - bahan :
1 biji labu kuning ( saiz kecil)
3 biji telur ayam
1 cawan santan pekat
2 sudu makan gula pasir ( kalau suka manis boleh lebihkan )
Sedikit esen vanilla kalau suka
2 sudu tepung kastad (mama tambah)




Cara - cara :

Potong atas labu, keluarkan semua bijinya.

Pukul telur, santan,gula dan esen vanilla hingga sebati. Biarkan sebentar hingga buihnya hilang.

Tuangkan ke dalam labu sehingga penuh. Kemudian tutup labu.


Kukus labu hingga masak lebih kurang 25 - 30 minit.

Sayur Lemak Pucuk Miding Dengan Labu

Hari ni hari ketiga raya...malam ni kami dah nak balik kl. Jadi hari ni kami decide tak kemana-mana, just dok melepak-lepak kat rumah. Cuma sebelah pagi kami keluar beli barang - barang untuk dibawa balik..termasuklah barang-barang pesanan dari opismate. 

On da way ke pasir puteh, ada beberapa orang tengah memetik pucuk miding kat tepi jalan. Terus papa tanya, diorang tu petik apa. Papa tak pernah makan pucuk miding sebelum ni. Kebetulan kat pasar ada orang jual pucuk miding, terus mama beli. Mamapun teringin gak coz dah lama sangatttt tak makan sayur pucuk miding.

Mama sempat jugak grab 2 biji labu, sebiji plan nak masak kastad labu. Another sebiji nak campur ngan sayur pucuk miding.



Bahan - bahan :
1 ikat pucuk miding
1/4 labu dipotong kecil
5 ulas bawang merah - ditumbuk
1 biji kelapa diambil santannya
Garam




Cara - cara :
Masukkan santan, bawang, garam dan labu. Masak sehingga labu empuk.
Masukkan pucuk miding dan kacau sehingga sedikit layu.
Hidangkan panas-panas.

Tengok tu lebar laki ai sengih...first time makan sayur lemak pucuk miding ngan labu. 

Rendang Daging Korban

Tulang lembu korban dah selamat ditransformkan jadi sup tulang. So sekarang mama kena fikirkan untuk masak bahagian isinya pulak. 2 hari lepas asyik makan daging goreng kunyit jer. Kali ni mama tukar menu plak...kita masak rendang daging plak.

Bahan - bahan :
1 kilo daging 
10 biji bwg merah - kisar 
5 biji bwg putih - kisar 
1 inch halia - kisar 
10 btg serai - kisar 
3 sudu cili giling 
1 paket rempah kari cap orang terbang (Kelantan mari) – larutkan dalam air panas dulu 
1 keping manisan Kelantan 
Kerisek 
Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih 
Daun kunyit 
Daun limau purut 
5 batang serai – diketuk 
Santan 


Cara - cara :
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih hingga naik bau. 
Masukkan bahan-bahan kisar dan cili giling. Tumis hingga sedikit garing. 
Masukkan rempah kari yang telah dilarutkan tadi dan kacau sehingga sedikit kering. 
Masukkan daging dan sedikit air. Masak sehingga daging lembut (kalau daging frozen amik masa lama, dalam 1-2 jam). 
Bila daging dah lembut, masukkan santan, serai yang diketuk, garam dan manisan Kelantan. Kacau hingga sebati. 
Masukkan kerisek, daun kunyit dan daun kari dan kacau sehingga pekat.

Sup Tulang Lembu Korban

Masuk raya ketiga baru mama ada masa untuk masak daging korban. Raya pertama dan kedua sibuk memenuhi jemputan makan-makan. Pagi-pagi lagi papa dah buat permintaan nak makan sup tulang....coz 2 hari lepas asyik makan singgang tulang jer. 


Bahan - bahan :
2 kg tulang lembu - Rebus hingga empuk, lebih kurang 3 jam. 
2 bungkus rempah tulang 
2 inci halia - dihiris 
4 ulas bawang putih - dihiris 
Limau nipis 
1 batang lobak merah 
Garam
Daun sup dan daun bawang


Cara - cara : 

Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. 
Masukkan tulang lembu yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali. 
Masukkan perencah sup tulang. 
Kemudian masukkan lobak merah. 
Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam dan jus limau.
Semasa menghidang, taburkan daun sup dan bawang.

Monday, November 7, 2011

Aktiviti Raya Haji

Raya kedua kami memenuhi jemputan makan - makan. Agenda pertama ke rumah nenek sedara kat besut untuk kenduri akikah. Dah namanya raya haji, menu utama mestilah bertemakan lembu...daging goreng kunyit, singgang tulang, sayur campur, ikan masin dan sambal belacan (1st round). Berpeluh makan panas-panas hirup kuah singgang sampai nak amik gambar tengah makan pun boleh lupa.

Layan gambar keladi kat tepi umah jer la yer

Kemudian kami ke rumah datuk sedara kat jerteh plak (rumah kat atas tu hiasan semata-mata...actually tu rumah yang berdepan ngan umah atok sedara mama).

Haaa..kat sini jumpa menu special..daging tu tetap ada tapi hidangan sampingannya adalah gulai ikan haruan. Pinggan kat atas tu papa punya. Kenmain suka dapat makan ikan haruan sampai lupa nak makan nasi. Asyik sangat dok meratah lauk.

Ni plak pinggan mama...haaa ko...2nd round makan nasi hari ni. Manalah badan tak mengembang.

Makan sambil menikmati pemandangan indah bertemankan traktor manual ni.

Kemudian kami ke kenduri kahwin sedara 'bau-bau budu' kat melor, kota bharu. Yang bosannya, perjalanan tak sampai sejam jadi 3 jam disebabkan jalan teramat jem. Perut pun dah mula lapar balik..hehehhe..so haruslah ada agenda makan-makan untuk round yang ketiga. Papa time ni dah surrender...over kenyang. Tapi mama tetap maintainnn...

Sementara mama dok jamu selera, Hazim dok merosakkan pelamin orang. Habis dicabutnya 'belon-belon' kat atas pelamin tu.

Selesai acara makan-makan dah lewat petang. On da way balik papa ikut jalan tok bali...nak cari ikan segar...fresh from sea. Sempatlah grab 2 ekor ikan siakap dan ikan kembung yang segar bugar. 

Sesampai kat umah, papa komplain lapar plak..terpaksalah mama masak dan makan untuk round yang ke 4...Mama masak siakap 3 rasa atas permintaan paksu mat. Resepinya mama pernah tepek  kat SINI. Yang penting, malam ni kami makan berselera coz menu yang dihidangkan tiada berunsurkan daging.