Sunday, June 12, 2016

Iftar: Day 7

Dah seminggu puasa. Setakat ni masih berjaya untuk mengelakkan pembaziran di pasar ramadhan. Except for second day sebab balik lambat dari ofis.

Hari ni sempat masak 4 lauk. Maklumlah hari cuti bolehla nak berlama2 sikit kat dapur. Kalau hari kerja dapat masak 2 jenis lauk pun dah kira syukur sangat.

Bonda kat kampung tunjuk dia masak asam pedas ikan kerapu. Anakanda kat sini pun terliur. Jadinya kita masaklah asam pedas jugak, tapi guna ikan merah.

Ikan siakap masak sambal kentang. Mama guna cili padi. Fuh boleh buasir pedasnya. Papa cakap pedas nak lagi.

Baru perasan sejak puasa jarang makan sayur. Patutlah termenung lebih lama kat bilik air. So moh la kita makan sayur bebanyak biar senang nak verak.

Agar2 pandan ni bila lama tak buat mulalah lupa cara masaknya. Tak berapa nak jadi dua layer. Mama suspect terlebih santan.

No comments:

Post a Comment