Saturday, June 11, 2016

Iftar: Day 6

Hari ni mama gantung kuali. Mama tak masak sebab kami sekeluarga berbuka kat hotel blue wave shah alam.

Tema ootd adalah hijau. Actually baju hijau ni rayyans dah tak muat. Since sekolah badan diorang susut banyak sangat. Alih2 baju ni boleh pakai balik.

After asar kami gerak ke sana. Walaupun blue wave tu kat shah alam jer, mama tak nak ambil risiko. Jalan shah alam tak dapat diduga. Kalau time jem berjanggut nak sampai. Tak pasal2 berbuka dalam kereta nanti.

Masa kami sampai ada beberapa meja yang dah occupied. Mama cari meja paling hujung sebab tak nak ganggu tetamu lain semasa berbuka.

Faham2 aja la bila kita ada anak kecik. Kejap dia ok. Kejap dia menjerit. Kejap dia baling sudu. Jadi mama tak nak tetamu lain terganggu semasa menikmati juadah berbuka.

Lagipun bila dok belah2 hujung ni kita tidak akan terganggu dengan orang yang lalu lalang, keluar masuk amik makanan. Tapi, kita plak la nak amik makanan kena jalan jauh sikit.

Lepas kami sampai barulah angah, tyla dan along sampai. Bila semua dah ada barulah start amik makanan. Mama serahkan kat diorang jer amik food sebab mama susah nak gerak dengan hafiy.

Pilihan makanan tak banyak sangat. Mama tengok banyak lauk berasaskan daging. Seafood memang langsung takde. Tapi yang penting kambing bakar ada.

Nasi arab tu best. Rayyans sampai dua kali tambah. Overall makanan not bad dari segi rasa. Cuma food selection yang kurang sikit.

No comments:

Post a Comment