Monday, June 27, 2016

Iftar: Day 22

Alhamdulillah malam ni rezeki kami dapat berbuka kat hotel sunway pyramid west. Kiranya penutup la buka puasa kat hotel untuk tahun ni. Wiken depan mama dah nak balik kampung.

Kami gerak ke sunway after rayyans balik sekolah agama. Kira lambat gak gerak. Hampir pukul 6 baru keluar rumah. Risau gak takut lambat sampai.

Nasib baik jalan jem sekejap jer after tol subang dan exit sjmc. Kami sampai ngam2 waktu berbuka. Pastu malas nak pikir, kami park kat depan hotel jer. Kena bayar rm13 untuk sekali parking.

Lokasi berbuka adalah di cafe west, kat tingkat 8 hotel sunway pyramid. First time ni mama masuk hotel sunway. Sebelum ni setakat gi shoppping kat sunway pyramid jer.

Syukur malam ni dapat kumpulkan anak2 papa. Cuma memer sorang jer tak dapat datang sebab kerjaa shift malam. Penuh satu table panjang untuk kami sekeluarga.

Antara menu yang mama makan dan sempat amik gambar. Malam ni makan lauk2 jer dulu. Geram tengok ketam masak lemak besar2.

Udang masak cili. Fresh udangnya. Sedap. Nasib baik mama ada tukang kopek iaitu papa. Kalau harap mama nak kopek sendiri, setakat 2,3 ekor jer la makan.

Sotong dan udang tu sebenarnya kerabu. Pastu ada kari kambing dan acar buah untuk makan dengan nasi beriani.

East meets west. Tekak cam poyo nak makan ketupat palas dengan rendang daging. Pastu nampak plak pizza. Terasa nak makan pizza jugak. Last2 amik semua letak dalam pinggan.

Menu terakhir sebelum menamatkan sesi berbuka adalah penne carbonara. Sedap gila carbonara dia. Masing2 menambah. Boleh minta nak penne atau spaghetti. Then chef akan masak kat situ jugak.

Hampir pukul 10 baru stop makan. Perut pun dah membuntang kekenyangan. Sebelum balik pose dulu. Susah tau nak kumpulkan semua anak2 papa di bawah satu bumbung.

Us with pink theme malam ni. Sebelum balik kami lepak2 sembang kat lobi dulu. Sesekali dapat berkumpul banyak yang papa nak borak dengan anak2.

Abang ayein sempat join kita berbuka kat sheraton dan sunway. Abang ayein dah start cuti semester kat utm. Dia amik course macam mama, civil engineering. Ada jugak yang ikut jejak langkah mama.

The rayyans ni tak tau lagi nak masuk bidang apa pulak. Perjalanan diorang masih jauh lagi. Apa2 pun mama sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak2 mama.

No comments:

Post a Comment