Sunday, July 1, 2012

Nasi Hujan Panas

Every wiken sekarang mama akan masak nasi yang vogue-vogue sebab papa terajin beli beras basmathi yang 10kg tuh. Fuhh..dah la masak seminggu sekali jer.  Wiken plak tak semestinya kami ada kat rumah. Camna la nak perabihkan beras tu.

Bahan - bahan :
2 cawan beras basmathi
3 cawan air
5 ulas bawang merah - mayang
5 ulas bawang putih - mayang
2 inch halia - mayang
1/2 tin susu sejat
1 sudu mentega
1 sudu minyak sapi
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Cengkih
Garam
Pewarna pilihan - Mama guna merah dan hijau

Cara - cara :
Basuh beras dan toskan.
Dalam kuali, panaskan mentega dan minyak sapi. 
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih hingga naik bau.
Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. 
Goreng hingga garing. Matikan api dapur.
Tuang bahan tumisan ke dalam periuk rice cooker. 
Masukkan air, susu dan secubit garam. Kacau hingga sebati.
Didihkan bahan-bahan tadi. 
Setelah air mendidih, masukkan beras dan biarkan hingga masak.
Bila nasi dah masak, taburkan pewarna.
Gaulkan nasi sebelum menghidang supaya warnanya sekata. 
 
Nasi hujan panas ni kami makan berlaukkan ayam masak madu, ikan gelama goreng kunyit, kangkung goreng belacan dan balance sambal ikan tongkol semalam.
 
Resepi ayam madu boleh refer kat SINI. Tapi kali ni mama gantikan mix vege dengan petai.
 
Kangkong goreng belacan, my feveret. Kalau gatal nak resepinya jugak silalah refer kat SINI.
 
Finally, ikan gelama goreng kunyit. Kalau ada yang tak tau nak goreng ikan sila lempang diri sendiri laju-laju. Ikan goreng ni opkoz la lauk untuk si Rayyans.

2 comments:

  1. sedapnya...selalu juga makan nasi nie tp time kecik2 dgn arwah mak dlu...ahhh rindunya..nk try resepi ayam madu tu juga la..

    ReplyDelete
  2. bolehlah cuba cik permata biru. at least dpt kembalikan memori arwah mak u dulu.

    ReplyDelete