Kalau ikutkan plan asal, malam ni kami nak makan burger bakar. Tapi mama dah kepenatan sangat-sangat. So called nasir suh dia tapaukan jer la. Then weols ke rumah cik la kat pandan jaya, makan kat sana. Lama gakla menunggu baru diorang balik dari menapau. Dinner merangkap supper la jawabnya.
Tu dia berbonjot-bonjot burger bakar. Tapi mama tak pasti burger ni adalah dari Rawang Burger Bakar atau Burger Bakar Kaw Kaw. Memang berbaloi-baloi menunggu lama sebab dapat makan burger yang sedap.
Meleleh leleh sos dia. Weols order double cheese beef burger cheesy yang berharga RM18. Daging burger tu memang tebal gila. Tak muat mulut kalau nak gigit kesemua layer. Kena bahagi dua bila nak makan.
Cik nik puas hati dapat makan burger bakar. Dari JB lagi dok mention nak makan burger bakar ni. Akhirnya, apa yang diidam-idamkan tercapai la.
Mama pun happy gak dapat merasa burger bakar ni. Asyik dok dengar cerita orang lain jer yang makan, kali ni merasalah jugak. Sila abaikan muka yang berserabai tu sebab bangun tidur terus ngadap burger. Hahahah..
A big thanks to Nasir, sebab dialah orang yang paling berjasa malam ni. Tanpa dia tak merasalah kami burger bakar ni. Sib baik nasir offer diri tuk tapau burger.
No comments:
Post a Comment