Tengah hari tadi dah makan burger. So haruslah malam ni perut minta nasi plak. Masak yang simple jer coz stok barang dapur pun dah susut. Masak nasi panas, goreng ayam dan rebus telur masin. Ayam goreng kunyit ni walaupun simple, ni lah lauk paling 'mewah' masa mama kecik2 dulu. Masa kecik dulu family kami bukan orang senang. Lauk ayam ni dikira satu lauk yang mahal. So bila ada something yang special barulah jumpa lauk ayam. Tu pun ayah sembelih ayam yang bela sendiri. Terharu plak bila ingat kisah kecik2 dulu. Sekarang ni plak terbalik. Lauk ayam dah naik muak..ikan plak yang jadi mahal.
Bahan - bahan :
1 mangkuk isi ayam - potong kecil
1 batang cili merah - potong serong
1 labu bawang besar - potong nipis
1/2 batang lobak merah - potong panjang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara - cara :
Masukkan ayam dalam kuali. Masukkan kunyit, garam dan sedikit air.
Rebus sehingga ayam masak dan air kering.
Bila air dah kering, masukkan minyak.
Kemudian masukkan bawang besar dan goreng sehingga bawang sedikit layu.
Masukkan lobak merah, cili dan bunga kobis.
Masak sehingga sayur sedikit layu.
Tutup api dan hidangkan.
Alhamdulillah, walaupun cuma makan nasi berlaukkan ayam goreng kunyit dan telur masin, tetap mengenyangkan perut kami sekeluarga.
Dengan berlaukkan ayam goreng dan berkuahkan kicap, anak-anak still makan dengan berselera. Lagipun si Rayyans ni memang suka ayam goreng. Cuma mama jarang masak ayam kat rumah.
Itulah nikmatnya hasil air tangan seorang isteri dan ibu.
No comments:
Post a Comment