Last week, after lunch kat B'yyu Patisserie, baru nampak restoran Scrummy ni. Tengok dari luar cantik jer restorannya sebab kaler pink gitu. So gegurls semua dah plan nak gi lunch kat sana hari jumaat ni. Tapi jumaat ni mama plak cuti. Haishh..camne ni. Hati dah tak sabar nak mencuba makanan kat sini.
Makanya hari ni, ditemani rakan seperjuangan yang setia dan suami tercinta, sampailah mama kat Scrummy ni, mendahului gegurls yang lain. Biar kami yang cuba makanan kat sini dulu dan bagi testimoni untuk other gegurls.
Cantik tak buku menunya? Kaler pink..my feveret kaler. Dinding restoranpun kaler pink jugak. Kebetulan plak hari ni mama pakai baju kaler pink. Memang kena dengan kaler tema Scrummy.
Same goes to papa..baju pun ada kaler-kaler pink gitu. Walaupun cinonet tulis TIME kaler pink tu. Actually TIME punya kaler korporat pun adalah pink uolss...
Edisi bergambar dengan menu tak habis-habis. Hehe.. Walaupun hari ni hari rabu, time lunch cuma sejam but still ramai jugak orang datang makan sini. Maybe semua orang nak mencuba makanan kat restoran baru ni.
Excited berposing sampai lupa yang masa tu berlalu dengan pantas sekali. Pastu barulah terhegeh-hegeh buka buku menu dan terkial-kial nak pilih nak makan apa.
Memperkenalkan our drinks, from left: Eclipse yang berharga RM 5.50 (mama jue punya), apple juice yang berharga RM 4.50 (papa punya) dan scrummy island yang berharga RM 5.50 (mine). Eclipse tu adalah air sarsi campur aiskrim dan scrummy island tu air soda campur aiskrim.
Mama jue order alfredo chicken pasta yang berharga RM 11.90. Memang sedap pasta ni, lemak berkrim rasanya. Ada orang tu pada mulanya cakap tak lapar, tapi habis licin satu pinggan sebab kesedapannya.
Ceasar salad ni mama jue gak yang order. Kami tumpang makan jer. Harga sepinggan salad ni RM 7.90. Sedap gak rasanya. Kalau cuba buat kat rumah napa rasa dia tak sama ekk?
Spagethi bologneise ni papa punya. Harganya RM 11.50. Spagethi ni pun sedap gak sebab dipenuhi dengan daging. Selalunya makan kat tempat lain seciput jer bahan-bahan hiasan dia.
Last but not least, mama punya adalah Seafood Ala-King yang berharga RM 12.50. Nasi tu adalah buttered rice, pastu ada sayur, salad tomato dan the best part is creamy seafood tu. Perghh..memang sedap lemak berkrim disukai ramai. My sincere opinion, makanannya sedap, harganya berpatutan dan environmentnya sangatlah mengujakan. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment