Hari ni tugas mama adalah memasak dari pagi sampai ke tengahari. Pagi2 tadi dah buat nasi goreng nenas. Pastu sambung plak buat cheese cake. Then terus continue masak untuk lunch plak. After lunch nanti kami nak keluar hantar cik nik ke stesen bas shah alam plak coz cik nik dah nak balik JB. Kena keluar awal jugaklah coz stesen bas jauh plus takut jalan kat area giant tu jem. Karang tak pasal-pasal plak ketinggalan bas. Resepi nasi ayam ni mama rujuk kat Chef Hanieliza.
Bahan - bahan :
1/2 ekor ayam
2 pot beras basmathi
5 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - ketuk
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan - simpulkan
garam secukupnya
1/2 ekor ayam
2 pot beras basmathi
5 ulas bawang putih - ketuk
2 inci halia - ketuk
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan - simpulkan
garam secukupnya
Bahan - bahan Sos Cili :
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
2 sudu kicap
gula & garam secukupnya
gula & garam secukupnya
Cara - cara :
Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Bila sudah mendidih angkat dan toskan ayam.
Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak
Ambil 4 pot air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker.
Masukkan beras dan daun pandan.
Masakkan beras seperti masak nasi biasa.
Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendidih.
Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
Sayur dan ayam dipotong kecil (mama cuma ada tomato dan petai jer).
Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup (serta budu cicah ngan petai).
Budu imported dari Kelantan. Kelass uuu, orang makan nasi ayam dengan daun salad tapi mama makan nasi ayam dengan ulam petai cicah budu. Kau ada???
No comments:
Post a Comment