Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Raya tahun ni terasa ada kekurangan..sebabnya adik beradik lain semua tak dapat balik kampung beraya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, mama akan membuat korban satu bahagian lembu. Selepas solat aidiladha kami sekeluarga bergegas ke tempat penyembelihan untuk urusan 'jual beli' lembu. Disebabkan tergesa-gesa, kami tak sempat nak berpotrait pagi raya...frust tak dapat mengabadikan gambar Rayyans berbaju melayu pink...lagipun fotographer tetap tak balik raya..jadi urusan bergambar menjadi sedikit haru biru.

Walaubagaimanapun, gambar-gambar sepanjang upacara korban sempat di ambil. So kita layan gambar lembu jer la kali ni...

Lembu yang bakal dikorbankan

Jejaka - jejaka kampung tengah bergelut menumbangkan lembu

Lembu diposisikan mengadap kiblat

Tukang sembelih bersedia mengambil tempat

Seekor lembu berjaya dikorbankan. Alhamdulillah, upacara penyembelihan berjalan lancar. Semoga upacara korban yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah.

Bergotong royong sesama jiran melapah daging lembu

Inilah satu bahagian daging yang mama dapat. Satu bahagian ni akan dibahagikan kepada 3 bahagian. 2/3 bahagian ni akan diagihkan kepada jiran tetangga.


Tok ayah dan paksu mat bertungkus lumus memotong daging untuk dimasak.

Nasi Dagang

Nasi dagang merupakan salah satu makanan tradisional orang kelantan dan menjadi makanan kegemaran mama. Setiap kali balik kampung kami adik beradik selalu membuat permintaan untuk mek masakkan nasi dagang. 

Pagi raya kami menghidangkan nasi dagang berlaukkan gulai ikan tongkol dan gulai ayam untuk tetamu yang datang. 


Gulai ikan tongkol

Gulai ayam

Bahan - bahan :


2 kilo beras nasi dagang - direndam semalaman
2 biji kelapa - ambil kepala santan (kelapa diperah tanpa air)
5 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inch halia - hiris
1 sudu halba - rendam
garam



Cara - cara :
Kukus beras sehingga masak. 
Angkat dan alihkan kedalam mangkuk.
Masukkan santan dan gaul sehingga sebati.
Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan halba serta garam. Gaul hingga rata.
Kukus nasi lagi sekali hingga betul-betul masak dan lembut.
Angkat dan gaul nasi dengan santan lagi sekali hingga sebati.
Siap untuk dimakan.

Saturday, November 5, 2011

Pokok Mata Kucing

Pokok Mata Kucing merupakan sejenis subspesies pokok longan. Pokok ini dikenali sedemikian kerana rupa dan saiz buahnya yang seperti mata kucing. Buah mata kucing kecil sedikit dari buah longan. Setiap pokok Mata Kucing mampu mengeluarkan 2,000 hingga 2,500 biji buah setiap kali musim berbuah. Di Malaysia ia banyak ditanam di 20 hektar tanah di Kampung Lasah. Buah Mata Kucing mempunyai kandungan antioksidan ini juga sesuai bagi wanita hamil dan bijinya dikatakan boleh digunakan untuk mengubati gigitan ular.... WIKIPEDIA

Ini pokok mata kucing mek yang berumur sebaya Rayyans. Pokok ni ditanam sehari sebelum Rayyans lahir dan setakat ni dah banyak kali berbuah. 

Pokoknya rendang jer tapi buah yang dikeluarkan agak banyak. Memang subur..buahnya manis sangat dan isinya tebal.

Balik kampung kali ni memang rezeki mama dapat merasa kemanisannya. Sebelum ni cuma dengar jer cerita dari mek pasal mata kucing dia dah berbuah. Balik kali ni kena dengan time coz buahnya dah masak dan boleh dipetik.

Sayur Lemak Pucuk Ubi Dengan Labu

Pucuk ubi ngan labu ni mama petik dari kebun nenek. Sayur labu memang kesukaan mek dan papa. Jadi mama merajinkan diri memasak sayur lemak pucuk labu ngn labu ni untuk ditripletkan dengan lauk ayam goreng kunyit dan ayam masak halia tadi.


Bahan - bahan :
Seikat pucuk ubi
1/4 labu dipotong kecil
1 biji kelapa diambil santannya
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
5 ulas bawang merah
Garam dan gula


Cara - cara :
Rebus pucuk ubi terlebih dahulu hingga lembut.
Dalam periuk lain, masukkan santan, bawang merah yang ditumbuk, lada hitam dan labu. Masak sehingga labu empuk.
Masukkan pucuk ubi, garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih. Kemudian hidangkan.

Ayam Masak Halia

Papa kurang gemar makan ayam goreng kunyit coz berminyak katanya. Jadi, mama masakkan ayam halia untuk papa. 


Bahan - bahan :
1/4 ekor ayam dipotong kecil
3 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inch halia - dihiris
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap
1 sudu tepung jagung



Cara - cara :
Tumis bawang putih, halia dan bawang merah hingga garing.
Masukkan ayam dan goreng hingga ayam masak.
Masukkan sos tiram dan kicap.
Kemudian masukkan cili dan garam. 
Masukkan bancuhan tepung jagung dan goreng hingga pekat.
Angkat dan hidangkan.

Ayam Goreng Kunyit

Malam tadi kami bertolak balik kampung jam 11 malam..konon-konon gerak lambat jalan dah kosong. Tapi pelamin anganku musnah..jalan masih jem bermula dari batu caves. Jem kali ni lebih teruk berbanding raya puasa dulu. Bayangkan kereta cuma gerak 10km/j. Batu caves, gombak, bentong, raub sepanjang jalan jem. Dari benta jalan ok skit..tp bila masuk kuala lipis, merapoh, gua musang, kuala krai sambung jem balik. Sudahnya, jam 1 tengahari baru kami sampai kat kampung. What a journey i tell u....


Sesampai kat kampung perut start berkeroncong. Mek plak berpuasa, jadi acara memasak makan tengahari jatuh kat tangan mama. Kita masak simple ajer la sebab dah lapar sangat. Ayam goreng kunyit ni resepi turun temurun yang jadi kesukaan kami adik beradik.


Bahan - bahan :
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 labu bawang besar
Garam
Kunyit
Minyak
Cili


Cara - cara :
Perap ayam dengan garam dan kunyit.
Rebus ayam dalam kuali hingga air kering dan ayam masak.
Masukkan minyak dan goreng ayam seketika
Masukkan bawang dan cili. Goreng hingga garing. 

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011

Mama ingin amik kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada seluruh umat islam. Malam ni kami sekeluarga akan berangkat pulang ke kampung. Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan kedua orang tuaku. Semoga perjalanan kami selamat dan dirahmati.

Kepada kawan-kawan yang akan balik kampung juga, semoga selamat perjalanan pulang ke kampung masing-masing. Memandulah dengan berhati-hati dan berhemah. Sesama kita mengingatkan diri sendiri agar tiada musibah yang menimpa di hari penuh berbahagia ini.

Chocolate Chip Cookies

Mama tak sedar tinggal 2 hari jer lagi nak sambut hari raya aidiladha. Biskut raya langsung tak prepare. Dah la raya cuma mama jer yang dapat balik kampung. Plan nak buat biskut raya time cuti hujung minggu ke laut semuanya. Tiap kali wiken mesti ada jer benda yang nak dibuat. So, masa untuk mengukis tu takde. Mama cuma sempat buat satu jenis biskut jer..Chocolate Chip Cookies. Resepinya mama amik dari bestie mama, MS ZETA.



Bahan - bahan :


200 - 220 g tepung (di ayak) - mama guna 220g
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp salt
8 tbsp unsalted butter - mama pakai 227g 
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula halus
1 1/2 tsb esen vanila
1 biji telur bersaiz besar
1 1/3 cawan chocolate chips

Cara - cara :
Panaskan oven 340F/180C

Dalam mangkuk, satukan semua bahan-bahan kering (tepung, baking powder, baking soda dan garam) dan ayakkan.

Dalam mangkuk lain, pukul mentega hingga lembut.

Masukkan gula halus dan gula perang, pukul hingga sebati dan lembut.

Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.

Masukkan campuran bahan-bahan kering sedikit demi sedikit (buat 3 kali), pukul hingga sebati.

Masukkan chocloate chip dan kacau mengguna spatula.

Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas minyak (mama guna piping bag sebab adunan agak lembik). Bakar untuk 12 - 15 minit (mama bakar 10 minit jer).


Biskut agak lembut ketika dikeluarkan dari oven tapi akan rangup bila dah sejuk. 

Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Wednesday, November 2, 2011

Blueberry Tiramisu

Haishhh..tiramisu lagi..minggu ni asyik melantak tiramisu jer la..gara-gara nak habiskan stok biskut jejari tiramisu takut expired..pastu gara-gara tergoda dengan kejelitaan BLUEBERRY TIRAMISU kak azlita masam manis. Resipinya sama dengan STRAWBERRY TIRAMISU, cuma bezanya hanya kat fillingnya sahaja.

Bahan untuk syrup :
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising - optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon - tak letak


Bahan - bahan lain :
250g cream cheese
125g whipped cream - takde stok
125g whipping cream - mama letak 250g
50g gula icing - shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar

Cara - cara :


Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.

Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga agak pekat dan sebati. 

Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. 

Untuk hiasan, mama tabur serbuk koko dan hias dengan blueberry. Kemudian sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan.

Tuesday, November 1, 2011

Strawberry Tiramisu

Strawberry lagi....memang minggu ni mama jamu resepi yang melibatkan strawberry jer la. Last week mama 'terbeli' 3 kotak strawberry..so nak kena habiskan dalam minggu ni gak sebab wiken ni kami dah nak balik kampung untuk raya haji. Pagi tadi mama merajinkan diri melawat blog-blog masakan kesukaan mama. Tengah jalan-jalan kat dapur KAK NOR SECUBIT GARAM, terjumpalah resepi strawberry tiramisu. Resepi asalnya kak nor dapat dari dapur KAK RABIATUN

Biskut tiramisu yang mama beli untuk masak TIRAMISU sebelum ni masih ada balance. Daripada biskut tu expired, elok juga mama habiskan yer dak. Alang-alang dah ada resepi yang sesuai ni, molek bebenor la yeop.


Bahan untuk syrup :
150 g strawberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising - optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon -  tak letak

Bahan - bahan lain :




250g cream cheese
125g whipped cream - takde stok
125g whipping cream - mama letak 250g
50g gula icing - shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah strawberry segar

Cara - cara :

Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.

Dalam mangkuk lain, pukul whipping cream hingga agak pekat dan sebati.

Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. 

Untuk hiasan, mama tabur serbuk koko dan hias dengan strawberry. Kemudian sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan.

Strawberry tiramisu ready to eat..pagi ni bawak sebekas untuk kengkawan ofis.