Friday, December 12, 2014

Zul Ikan Bakar

Malam ni bawa nenek, tok ayah n poksu mat dinner kat zul ikan bakar. Restoran ni terletak berdekatan jeti kuala besut. 30 minit jer dari kampung nenek.

Restoran ni dibuka setiap hari kecuali hari isnin dari pukul 8 malam hingga 2 pagi.

Masa kami datang ni pukul 8. Tengah peak hour. Menunggu gak la dalam 15 minit baru dapat meja kosong.

So dinasihatkan kalau masa tu perut tengah lapar gila, datangla awal dan booking tempat dulu.

Kalau tak, better datang pukul 10 ke atas. Masa tu orang dah tak ramai. Cuma pilihan seafood tak banyak yang tinggal.

Macam2 jenis seafood ada. Yang paling penting, fresh dari laut. Maklumlah restoran dekat dengan jeti pendaratan ikan.

Senarai harga seafood.  Kat sini cuma ada satu jenis masakan sahaja iaitu bakar bersambal.

Jangan nak ngada2 request tomyam ke padprik ke...memang kena halau keluar restoran. Pastu sayur2 pun takde.

Menu lain yang ada cuma sotong, udang dan ikan kembung celup tepung.  Yang ni memang diorang dah siap2 goreng.

Just cakap jer kat kaunter menggoreng tu nak apa dan berapa pinggan. Nanti diorang antarkan kat meja. Harga sepinggan rm8.

Menu kami malam ni ikan siakap, ikan kerapu, ikan kembung dan sotong bakar serta udang dan sotong celup tepung.

Air plak mula2 oder 2 jug. Sirap bandung dan milo ais. Dah hujung2 tu tambah lagi sejug teh o ais.

Fuhh puas hati dapat makan seafood fresh. Ikan bakar bersambal cicah dengan sambal kicap memang meletupp.

Total seme adalah rm180. Pada mama harganya berpatutan. Takdelah mahal sangat. Yang penting puas hati makan.

Syukur alhamdulillah dapat berkongsi rezeki kami dengan tok ayah dan nenek. Next time balik kampung boleh repeat makan sini lagi.

No comments:

Post a Comment