Saturday, December 13, 2014

Nasi Ulam Cikgu

Selalunya mama yang mengidam nak makan kat mana2. Kali ni papa lak yang mengidam. Mengidam tak agak2. Restoran yang dia nak makan ni nun kat kota bharu, kat restoran nasi ulam cikgu yang terletak di kampung kraftangan.

Kami kena tempuh perjalanan selama 2 jam lebih semata-mata nak makan. Trafik memang slow sangat hari ni. Banyak construction tengah berjalan dan ditambah dengan hujan. Sesampai kat KB hujan tengah lebat gila. Gigih redah hujan ke restoran nasi ulam cikgu.

Orang plak bukan main ramai lagi. Rata-rata kereta yang parking semua plat luar kelantan. Sekarangkan tengah cuti sekolah. Ramailah orang yang amik peluang balik kampung dan bercuti termasuklah kami. Nasib baiklah sini kerusi meja yang disediakan banyak.

Kalau dah balik kampung, tak sah kalau takde aktiviti jalan jalan cari makan. Ikan keli goreng ni la yang memanggil manggil papa datang sini. Ikan keli digoreng rangup dalam kawah, makan panas-panas ketika hujan memanglah membangkitkan selera. Besar-besar lak tuh ikan keli ni.

Selain ikan keli goreng, kami amik gulai darat kepala ikan keli. Beza gulai darat dengan gulai biasa adalah gulai darat ditambah daun kesum. Actually daun kesum tu untuk hilangkan bau hanyir ikan air tawar.

Untuk mama yang tak makan ikan keli ni, mama amik ayam kampung goreng, ikan kerisi goreng dan ikan sardin rebus. 

Ikan rebus tu amik isi pastu lenyek dalam budu. Then cicah dengan ulam ulaman. Budu ni mama campur dengan sambal belacan dan tempoyak. Owhh..nikmat sungguh.

Total semua kena bayar cuma RM32 termasuk dengan 1 jug besar air sirap bandung selasih. Anak bulat mama ni pun berselera betul makan nasi berlaukkan ikan keli.

Lepas makan kami pusing-pusing sekitar kampung kraftangan. Si kembar ni mana boleh jalan-jalan tanpa beli mainan. Mengamuk nak payung angry bird. Pastu mama belikan tshirt kelantan. Dalam kedai tu jugak diorang nak tukar baju pakai baju baru.

Lepas round2 tu kami terus gerak balik. Malas nak berlama-lama kat KB takut menempuh jem lagi dalam perjalanan balik nanti. 

No comments:

Post a Comment