Saturday, December 27, 2014

Temasya Restaurant

Bila mengenangkan siang tadi papa susah nak cari kedai makan, we decide untuk dinner kat hotel jer. Mulanya mama ingat ada pakej buffet, tapi nan hado. Yang ada cuma ala carte.

Just call jer receptionist then dia pass kat restoran temasya. Pastu order jer based on menu yang disediakan dalam bilik. Walaupun pilihan makanan tak banyak sangat, tapi bolehlah untuk mengenyangkan perut.

Kami oder 2 set seafood tomyam, 2 set nasi goreng impian untuk rayyans dan 4 gelas jus oren. Total semua RM72. 

Cepat jugak servis diorang. Dalam 20 minit food dah sampai kat bilik.

Set seafood tomyam didatangkan dengan nasi putih. Tomyamnya banyak gila. Seafood dan sayur2 pun banyak, bukan setakat kuah semata. Naik kembung perut papa n mama nak habiskan 2 mangkuk tomyam.

Malam ni mama bercandle light dinner dengan papa jer. After swimming tadi, si kembar terus tertidur. Penat sangat kot sebab dah lama tak mandi kolam, plus siang tadi diorang tak tidur langsung.

After mama papa habis makan baru diorang bangun. Mama suapkan nasi goreng tu diorang tak nak. Maggi jugak yang diorang mintak. Sudahnya, nasi goreng tu mama papa yang kena makan second round.

No comments:

Post a Comment